Adegan end credit sudah jadi trademark dan sangat sinonim dengan filem Marvel. Sewaktu filem Iron Man pertama, ramai yang keluar pawagam awal kerana tidak tahu kewujudan end credit ini.

Disebabkan itu, Marvel Studio di ruangan Twitter berkongsikan kembali kesemua 21 end credit filem Marvel Cinematic Universe (MCU) dalam satu thread. Ianya juga sebagai satu sesi throwback untuk semua filem di bawah MCU sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dimulakan dengan filem Iron Man dan disudahi dengan filem Captain America, anda dapat megimbau kembali babak lucu seperti para Avengers makan Shawarma, Thor berjumpa Doctor Strange dan banyak lagi.

Jika anda terlepas beberapa babak end credit filem MCU sebelum ini, boleh menonton semuanya di bawah. Di hujung nanti akan dinyatakan nama filem bagi setiap klip. selamat menonton!