Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengarah filem Avengers: Endgame, Joe Russo telah berkongsi sebuah informasi yang membuatkan peminat semakin tidak sabar untuk menantikan kemunculan filem ini di pawagam.

Sinopsis yang dikongsi oleh pihak Marvel Studios juga sangat ringkas. ‘Endgame’ akan mengisahkan kehidupan selepas petikan jari Thanos. Oleh itu, Avengers lain yang masih wujud perlu berganding bahu untuk menyelesaikan kekacauan dan berusaha untuk memulihkan kembali universe yang telah dimusnahkan Thanos .

Sinopsis ini rasanya peminat setia Marvel pasti sudah tahu. Ura-ura mengatakan Tony Stark bakal ‘terkorban’ dalam pertempuran terakhir ini dan begitu juga beberapa watak utama Avengers yang lain. Siapa yang akan ‘dibunuh’ oleh pihak Marvel Studios nanti? Sama-sama kita tunggu dan nantikan tayangan ‘Avengers: Endgame’ April ini.

Anda Mungkin Suka