Selepas Avengers: Endgame disahkan berdurasi lebih 3 jam, Marvel Studios pagi tadi berkongsikan pula 32 poster individual watak yang akan muncul dalam Avengers: Endgame.

Poster ini memaparkan setiap watak Avengers antaranya Robert Downey Jr. (Iron Man), Paul Rudd (Ant-Man), Chris Evans (Captain America) dan superhero terbaru Brie Larson (Captain Marvel). Menarik apabila promo poster ini turut memaparkan ahli Avengers yang telah ‘mati’ seperti Tom Hiddleston (Loki) dan Elizabeth Olsen (Scarlet Witch) tetapi dengan keadaan poster berkenaan tidak berwarna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tulisan ‘Avenge The Fallen’ turut tertulis pada setiap poster dan telah pun dikongsikan oleh setiap pelakon Avengers di laman Instagram mereka semalam.

Kini tepat lagi sebulan sebelum Avengers: Endgame berada di pawagam seluruh dunia dan pihak Marvel Studios akan all out mempromosikan Endgame. Mungkin akan ada trailer terakhir sebelum Endgame sebelum 27 April? Sama-sama kita nantikan.