Nampaknya nama Keanu Reeves pula sudah ‘naik’ dalam senarai pelakon baharu untuk menyertai Marvel Cinematic Universe.

Baru-baru ini, Marvel Studios dikhabarkan akan melamar Keanu Reeves untuk membintangi filem Marvel iaitu The Eternals. Menurut MCU Cosmic, Pengarah Chloe Zhao dalam perbincangan untuk membawa masuk Keanu Reeves dalam franchise filem Marvel tersebut.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, watak yang akan dibawa oleh Keanu Reeves masih lagi kekal misteri. Malah, Keanu Reeves akan menyertai Angelina Jolie, Kumail Nanjiani dan Richard Madden untuk filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda, filem tersebut dijangka akan ditayangkan pada tahun 2025 dan pastinya perkhabaran ini cukup mengujakan untuk peminat beliau.

Anda Mungkin Suka