Memandangkan filem terbaru Marvel iaitu Ant-Man and The Wasp bakal ditayangkan pada minggu hadapan Marvel baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa klip sedutan video yang menerangkan bahawa filem ini bakal mempunyai hubung kait dengan filem Avengers 4 yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Hal ini juga telah disahkan oleh Kevin Feige yang merupakan individu berpengaruh di dalam Marvel Studios. Sedutan video ini juga lebih menceritakan tentang Quantum Realm dan watak Hope.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan pengesahan telah dibuat oleh Kevin Feige ini mungkin teori peminat mengenai tentang Quantum Realm mengambil peranan besar dalam penceritaan Avengers 4 akhirnya benar.

Selain itu personaliti Hollywood Brandon Davis telah memberitahu bahawa filem kedua Ant-man merupakan terbaik dan filem sekuel terbaik selepas filem Captain America: Winter Solider. Filem Ant-Man and The Wasp bakal menemui peminat pada 4 Julai ini.