Jika ramai yang mengagumi perancangan Marvel Studios untuk Marvel Cinematic Universe (MCU), anda pasti akan lebih kagum dengan rancangan jangka panjang sebenar Marvel Studios sejak filem Iron Man yang pertama lagi.

Post-Credits pada setiap filem Marvel sejak filem Iron Man adalah satu trademark Marvel yang kemudiannya jadi ikutan filem-filem lain di Hollywood. Post-Credits ini umpama ‘jambatan’ yang menghubungkan sesebuah filem Marvel dengan filem Marvel yang akan datang.

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige semalam berkongsikan di media sosial versi Post-Credits alternatif untuk filem Iron Man. Daripada filem yang pertama lagi, Marvel Studios sudah mahu Spider-Man muncul dalam MCU.

Dalam versi ini, Nick Fury tiba di rumah Tony Stark dan membawakan dialog ini, “As if gamma accidents, radioactive bug bites, and assorted mutants weren’t enough, I have to deal with a spoiled brat who doesn’t play well with others and wants to keep all his toys to himself.”

Tiga insiden ini merujuk kepada Incredible Hulk (gamma accidents), Spider-Man (radioactive bug bites) dan X-Men (assorted Mutants). Adegan ini tidak dimasukkan untuk filem Iron Man kerana pada ketika itu, rundingan untuk mendapatkan hak penggunaan watak X-Men dan Spider-Man MCU masih belum berlangsung.

Mereka memastikan rakaman ini dibuat dan disimpan untuk menyatakan betapa seriusnya Marvel Studios untuk membina dunia MCU yang sempurna. Versi yang digunakan untuk post-credits adalah Nick Fury menerangkan inisiatif Avengers kepada Tony Stark.

Tidak seperti DC yang caca marba dalam membina dunia DC Extended Universe (DCEU), Marvel sangat teliti dalam membuat perancangan walaupun perlu menunggu hampir 10 tahun untuk Spider-Man muncul dalam MCU. Untuk fasa seterusnya, Marvel Studios dapat pula membuat rancangan untuk X-Men yang pastinya akan meluaskan lagi dunia MCU.

Kevin Feige berkata klip ini bersama beberapa klip yang tidak dipertontonkan sebelum ini akan dimasukkan dalam Infinity Saga DVD box set yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Buat peminat setia MCU, sila dapatkannya di pasaran kelak.

Begitulah betapa pentingnya Spider-Man kepada Marvel Studios. Tetapi, buat masa ini Sony Pictures mengesahkan pintu rundingan untuk Spider-Man terus muncul dalam MCU telah ditutup. Mungkinkah akan ada rundingan baharu tidak lama lagi?

Rundingan Ditutup, Spider-Man Sah Tidak Akan Kembali Ke MCU

Marvel Studios Kongsi Semula Semua ‘End Credit’ Filem MCU