Sekali lagi team promosi Marvel Studios menang dalam mempromosikan filem terbaru yang akan muncul di pawagam. Untuk Captain Marvel, disebabkan latar masa untuk filem berkenaan adalah pada tahun 1995, laman web rasmi untuk Captain Marvel juga dibuat mengikut rekaan laman web 90an!

Ianya satu throwback yang hebat dan memberikan feel nostalgia untuk anda yang membesar pada tahun 1990an. Laman ini bukan hanya sekadar rekaan, tetapi berfungsi untuk anda membaca sinopsis ringkas tentang Captain Marvel, senarai watak yang akan muncul, menonton trailer rasmi dan banyak lagi.

Bagaimana mereka menghasilkan laman web untuk Captain Marvel ini? Salah seorang pereka software di Marvel masih mempunyai template Geocities di dalam simpanannya dan daripada template berkenaan menghasilkan laman web Captain Marvel yang epik ini.

Perkara detail seperti ini yang membezakan Marvel Studios dengan produksi lain. Jika mereka mahu promokan sesuatu, mereka akan sentiasa all out. Bila lihat laman web ini, teringat zaman chatting di #KampungChat mRIC satu ketika dahulu. Captain Marvel akan berada di pawagam 8 Mac depan.