Presiden Marvel Studios, Kevin Feige menjelaskan bahawa Black Panther 2 tetap akan diteruskan tanpa kelibat Black Panther, Chadwick Boseman yang meninggal dunia October tahun lalu.

Ketika ditemu bual portal Deadline, Feige berkongsi bagaimana Marvel Cinematic Universe (MCU) akan berhadapan dengan pemergian Chadwick. “Kami tidak akan menggunakan sebarang teknik CGI untuk menghidupkan kembali Chadwick serta mencari pengganti T’Challa,” kata Feige.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ryan Coogler (pengarah Black Panther 2) sedang bekerja keras sekarang ini untuk menghasilkan sebuah skrip yang terbaik bagi menghargai jasa serta memberi penghargaan kepada Chadwick dalam filem ini nanti,” tambah Feige.

Feige tidak mengesahkan atau menolak kebarangkalian untuk adik kepada T’challa, Shuri (lakonan Letitia Wright) bakal diberi peranan yang lebih besar dalam MCU nanti. Feige berkata,

Black Panther 2 yang akan mula menjalani penggambaran pada Julai tahun ini akan lebih ‘menerokai dunia Wakanda serta watak-watak yang sedia ada dalam filem yang pertama’.

Sebelum Chadwick meninggal dunia, beliau sempat membuat rakaman audio untuk 3 episod animasi di Disney+ Marvel. Feige menambah, kemungkinan suara Chadwick dalam siri tersebut boleh digunakan dalam jalan cerita Black Panther 2.

Chadwick Boseman meninggal dunia Ogos 2020 lalu dan menurut kenyataan keluarga terdekat, beliau sebenarnya melawan kanser kolon sejak 2016 lagi. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bintang Utama Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia

‘Selamat Berehat King’, Para Avengers Kongsikan Ucapan Terakhir Buat Bintang Black Panther

Kurus Dan Tidak Bermaya, Peminat Risau Keadaan Terkini ‘Black Panther’