Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berkata beliau hanya menantikan panggilan dari pihak Fox sahaja sama ada X-Men serta Fantastic Four boleh menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) atau pun tidak.

Sejak tahun 2008 lagi peminat MCU mahukan Wolverine menyertai franchise Avengers dan Guardians Of The Galaxy. Disney akan menutup Phase 4 dengan filem Avengers 4 dan jika mereka dapat tahu lebih awal tentang gabungan X-Men dan Fantastic Four, lebih mudah untuk mereka merangka perancangan untuk filem-filem Marvel akan datang.

FF X-Men

Deadpool 2 dan X-Men: Dark Pheonix kemungkinan besar akan jadi filem terakhir 20th Century Fox jika gabungan Fox dan Disney berjalan lancar. Tetapi Kevin Feige turut menambah kenyataan MCU masih belum bersedia untuk memperkenalkan mutan dalam filem mereka.

Jadi tiada mutan akan muncul dalam filem mana-mana filem Marvel akan datang. Agak ralat tidak dapat melihat Hugh Jackman bersama para Avengers yang lain melawan Thanos.

Sumber