Selepas mendapat sambutan dan keuntungan yang amat tinggi, Marvel Studios bakal menghasilkan filem sekuel untuk Black Panther, dan CEO mereka Kevin Feige juga telah mengesahkan perkara ini.

Menurut laporan, Disney telah menjangkakan masa untuk filem Black Panther ini akan ditayangkan antara tahun 2020-2022 bersama dengan filem Indiana Jones 5 dan beberapa filem MCU yang belum mempunyai tajuk yang dijadualkan pada 30 Julai 2021 hingga 12 Febuari 2022.

Untuk mengukuhkan spekulasi ini filem keluaran MCU selalu akan tiga tahun selepas filem pertama dan strategi ini telah digunakan oleh Marvel Studios untuk membuat sekuelnya. Selain itu mereka juga telah menyusun jadual seperti filem MCU dahulu contohnya Thor Ragnarok dikeluarkan pada November dan filem Spider-Man pada bulan Julai.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan tentang siapa yang akan mengarah serta pelakon-pelakon yang akan terlibat dalam sekuel Black Panther ini. Mungkin akan ada superhero Marvel lain yang muncul di Wakanda nanti?