Bermula dengan pertikaian dengan European Union Aviation Safety (EASA) dan U.S Federal Aviation Authority (FAA), Malaysia Airlines pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pembawaan Apple Macbook Pro 15-inciĀ  keluaran September 2015 sehingga Februari 2017.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat, para pengguna tidak lagi dibenarkan untuk memasukkan model ini sebagai bagasi penerbangan berikutan masalah bateri model ini yang terdedah kepada masalah cepat panas dan meletup. Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada pihak MAS.

photo6300823422913063176

Sekiranya anda anda mempunyai model ini, anda masih berpeluang membawanya sebagai hand carry dan tidak memasukinya sebagai bagasi penerbangan. Pihak MAS turut menegaskan model ini tidak dibenarkan untuk digunakan dan dicas dalam penerbangan.

Penerbangan lain yang turut mengenakan undang-undang yang sama buat model ini adalah Malindo Air. Undang-undang yang dikenakan ini mengingatkan kami kepada Samsung Galaxy Note 7 beberapa tahun lalu yang turut mengalami masalah melibatkan mudah panas dan meletup.

Ketahui lebih lagi mengenai Malaysia Airlines melalui perkongsian pautan dibawah ini. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

3 Juruterbang Wanita Mula Berkhidmat Dengan Malaysia Airlines

Baju Kebaya Malaysia Airlines Tersenarai Sebagai Seragam Paling Cantik Di Dunia

Malaysia Airlines Terbit Panduan Keselamatan Edisi Braille