Semalam Malaysia Airlines (MAS) membuka semula penerbangan laluan Kuala Lumpur-Brisbane dengan kekerapan penerbangan 4 kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembukaan semula laluan ini dengan kerjasama industri pelancongan di Australia seperti Tourism Australia, Tourism & Events Queensland dan Brisbane Airport Corporation dalam usaha untuk mempromosikan Brisbane sebagai lokasi pelancongan dan urusan korporat.

Ketua Pegawai Komersil Malaysia Airlines, Arved von zur Muehlen berkata Australia merupakan pasaran terbesar dan MAS teruja untuk kembali ke Brisbane.

Penerbangan laluan tersebut akan menggunakan kapal terbang jenis A330-300. Penerbangan pertama MH135 semalam berlepas pada jam 10.30 pagi dan tiba di Brisbane pada pukul 8.35 malam. Kesemua penumpang pertama semalam menerima cenderamata dari pihak MAS.

Mungkin anda berkira-kira untuk beraya di Brisbane tahun ini?