Sewaktu pertama kali melihat akaun Facebook gadis ini, saya tertarik dengan gambar profile beliau yang sedang memegang sebilah pedang dengan gaya seorang pahlawan.

Seterusnya saya telusuri satu persatu gambar dan status beliau sehingga terdetik di hati ada sesuatu yang menarik tentang gadis ini.

Akhirnya saya berpeluang menemuramah beliau dan ternyata tanggapan saya tentang gadis ini tidak silap.

mas-qistina-1

mas-qistina-10

Mari saya kenalkan anda dengan Doktor Mas Qistina Saharudin – seorang doktor, penulis dan penerbit buku, pengembara dan juga seorang yang telah berjaya kuasai 4 jenis seni bela diri (yang ini paling rare).

Ikuti temubual saya bersama gadis kecil molek berjiwa besar ini.

Vocket: Boleh berikan sedikit info latar belakang Qistina seperti nama penuh, umur, status perkahwinan, pendidikan dan kerjaya?

Qistina: Nama penuh: Mas Qistina Saharudin
Umur: 26 tahun
Status perkahwinan: Bujang
Pendidikan: University College Dublin, Ireland / Penang Medical College
Kerjaya: Doktor Perubatan

Vocket: Saya difahamkan Qistina merupakan penulis buku bertajuk Wachaa the Adventure (WTA) di mana buku tersebut merupakan perkongsian pengalaman Qistina sewaktu travel ke Kenya. Boleh kongsikan bagaimana tercetusnya idea untuk menulis buku ni?

Qistina: Idea ini tercetus semenjak tahun 2013 lagi selepas saya pulang dari Ireland. Sebab utama saya ingin menerbitkan buku ini adalah kerana ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada di Kenya.

Saya yakin yang pengalaman saya di sana amat unik dan boleh dijadikan inspirasi dan juga sebagai satu eye-opener kepada masyarakat di Malaysia mengenai cara hidup puak Kamba di sana, sedikit tips melancong di Kenya dan yang paling penting adalah survival tips di tempat orang.

Namun pada tahun 2013, saya baru sahaja melangkah masuk ke tahun-tahun genting sebagai pelajar perubatan, jadi saya simpan dahulu hasrat saya untuk fokus kepada bidang saya.

mas-qistina-6

A review from a faraway friend in Jakarta

#Soulsearching Day 14: Alhamdulillah at last safely arrived in Jakarta. Wachaa the Adventure was with me for my whole 2 weeks backpacking journey. So here goes the review.

Wachaa reminds me when I went to a secluded village with Christian community with no-limited electricity / water, no signal for hp / internet access, with a language I barely understand too.

Through Wachaa more or less I can feel what you wrote about. What you did is such an inspiration to me. I hope I can help those people too in the future.

Good read Qis! Thanks for the book. Indeed, humanity is oblivious to differences.

Vocket: Boleh ceritakan sedikit tentang buku WTA? Apakah kisah yang dikongsikan di dalam buku ini?

Qistina: WTA menceritakan tentang pengalaman saya ketika berada di Kenya di dalam satu misi sukarelawan di sebuah perkampungan Kristian di sana.

Highlights buku ini adalah; saya adalah sukarelawan yang pertama di hantar ke sana, satu-satunya sukarelawan di sana ketika di hantar dan juga satu-satunya Muslim di situ.

Saya tinggal bersama dengan orang tempatan di sana dan ditugaskan menjadi guru di sebuah sekolah rendah di sana.

Walaupun WTA boleh diklasifikasikan dalam genre memoir, tetapi ia juga adalah sebuah travelogue kerana saya menceritakan bagaimana saya survive seorang diri sebagai satu-satunya perempuan Muslim di sana dan saya melihat tempat-tempat menarik di Kenya bersama dengan orang-orang tempatan.

Baca: Road Trip Keliling Dunia, Gadis Malaysia Ini Berkongsi Kisah Tersekat Di Sudan

mas-qistina-5

Vocket: Jika tak keberatan boleh kongsikan sedikit apakah yang mendorong Qistina untuk ke Kenya dan lakukan kerja sukarela di sana?

Qistina: Impian semasa kecil. Pada saya, saya selalu rasa terinspirasi melihat orang yang mampu dan sanggup tinggalkan comfort-zone mereka dan menolong masyarakat yang berbeza dengan mereka.

Saya rasa lebih dekat dengan masyarakat-masyarakat yang tidak mendapat liputan media.

Contohnya seperti di Kenya, walaupun negara itu digambarkan sebagai tidak stabil, tetapi pada hakikatnya kehidupan masyarakat di sana amat berbeza daripada apa yang digambarkan oleh media.

Saya ingin ke sana, melihat, merasai dan hidup dengan mereka kerana apabila kita bersama dengan masyarakat yang kurang bernasib baik, kita akan sedar dan lebih faham akan nikmat syukur.

Dan salah satu pegangan hidup saya adalah:

Kalau kita tolong orang, Tuhan akan tolong kita. Tidak perlu kecilkan skop pertolongan kita kepada orang sebangsa, seagama atau senegara.

Itu adalah antara mesej yang saya cuba sampaikan melalui buku saya, seperti tagline yang saya letak di cover buku:

Humanity is oblivious to differences.

Vocket: Nampaknya sehingga kini Qistina juga telah diundang ke beberapa pusat pengajian tinggi untuk berkongsi dan mempromosikan buku WTA. Apakah perasaan Qistina apabila menerima undangan sebegini?

Qistina: Alhamdulillah. Setakat ini saya telah mendapat undangan lebih daripada 10 buah universiti.

Bersyukur dan rasa bertuah apabila diberi peluang dan diundang oleh anak-anak muda untuk berkongsi pengalaman. Saya rasa gembira kerana banyak berjumpa dengan golongan muda yang mempunyai minat dan juga iltizam untuk mengembara sambil berbakti.

Saya berharap mereka lebih bersemangat dan yakin dengan impian mereka. Kalau saya boleh capai impian tersebut, mengapa tidak mereka.

mas-qistina-7

Cerita semalam di UMS KK. Nah bila ditanya macam mana mau buat gaya Wachaa. Student-student kreatif ni terus buat gaya Abujin (betul ka?) terus wachaa ni dah jadi macam gaya Son Goku sudah.

mas-qistina-13

Katanya Wachaa The Adventure ni sesuai untuk jiwa lasak. Untuk yang gila-gila ketegaq pun boleh jugak, hehe.

Vocket: Bagaimana pula dari segi feedback dan komen daripada para pembaca buku WTA setakat ini?

Qistina: Alhamdulillah, feedback yang saya dapat setakat ini amat positif. Para pembaca seolah-olah dapat merasa liku-liku saya di sana ketika bersama dengan puak Kamba.

Ada yang turut terkesan dengan cerita saya melihat kemiskinan dan terkejut dengan impak besar yang mampu orang biasa seperti saya berikan di sana.

Rata-rata pembaca mengatakan rasa inspirasi apabila membaca cerita tersebut dan ada juga yang sampai menangis apabila membaca cabaran yang saya hadapi sebelum saya pergi dan semasa di sana.

Vocket: Apa perasaan Qistina apabila ada yang turut terinspirasi dengan apa yang telah Qistina lakukan?

Qistina: Bersyukur. Itu perkataan yang tepat untuk saya gambarkan. Semoga selepas ini, mengembara sambil melakukan kerja sukarelawan menjadi trend dalam masyarakat kita.

Vocket: Memandangkan buku Qistina adalah dalam Bahasa Inggeris, ada terima tempahan daripada pembaca di negara luar?

Qistina: Alhamdulillah, tidak sampai 2 bulan WTA saya terbitkan, buku ini sudah sampai ke 6 buah negara (China, Ireland, Mesir, Brunei, Indonesia dan Singapura)

Vocket: Sejak menjadi penulis buku, apakah peristiwa manis yang pernah Qistina lalui?

Qistina: Pengalaman saya yang paling manis adalah dalam bentuk visual.

Saya masih terkesan sehingga kini apabila terbayangkan wajah anak-anak muda yang bersungguh sungguh mendengar saya bercerita mengenai pengalaman saya.

Saya dapat lihat pada mata mereka, postur badan mereka ketika mendengar dan bersungguh-sungguh mereka mengiayakan penceritaan saya.

Mereka seolah-olah berada di dalam cerita itu, melihat apa yang saya lihat, walau saya hanya bercerita dengan lisan, tanpa gambar.

Ada juga pelajar yang menangis ketika mendengar perkongsian saya sewaktu di Kenya, hidup di kampung yang dhaif. Saya bersyukur kerana mesej yang cuba saya sampaikan kepada mereka, menusuk hati mereka.

Yang paling terkesan di hati saya adalah wajah anak-anak muda di UIA PJ dan UMS. Memang bersungguh.

mas-qistina-14

Met up with these two finest souls. Couldn’t have asked for a better gift at the end of this year. They look extremely gorgeous and happy that their good vibes have spread to me!!! Oh, and Wachaa is going to Belfast end of this week! – with Moosa Patel and Nur Diana

Vocket: Bagaimana pula dari segi kesukaran dan cabaran dalam mempromosikan buku? Apakah yang paling sukar yang pernah Qistina lalui?

Qistina: Oleh kerana WTA adalah terbitan saya sendiri tanpa menggunakan mana-mana syarikat penerbitan, memang amat sukar untuk saya mempromosikan WTA.

Tambahan pula, saya bukan seorang artis atau ramai followers kerana saya seorang yang amat introvert. Kiranya ini bidang terjun, amat jauh dan berbeza dengan bidang saya sebagai seorang doktor.

Namun saya yakin, cerita saya ini ada keistimewaan, perlu dibaca oleh orang yang berani bermimpi kerana ia adalah satu bukti bahawa impian, walau nampak mustahil, boleh jadi kenyataan. Jadi saya kuatkan semangat, kuatkan usaha untuk meletakkan WTA di atas pentas.

Yang paling sukar bagi saya adalah di awal kemunculan WTA. Masa itu, saya dan adik saya (penulis buku Dyspnea kehidupan) sewa satu booth di Ekspo Buku Islam Antarabangsa Putrajaya.

Sebab kami tidak dikenali, walaupun booth kami terletak di muka pintu, tapi tiada yang singgah. Jadi kami menebalkan muka dan ‘menjaja’ buku kami kepada sesiapa sahaja yang lalu di depan kami. Bukan perkara yang senang bagi saya.

Sedih bila teringat balik bagaimana saya terpaksa menebalkan muka dan sapa mana-mana orang yang lalu di depan saya, bercakap dan bercerita dengan bersungguh tentang WTA tapi selepas 15 minit, tak semua yang beli.

Ada yang memandang sinis dan memerli saya kerana terbitkan buku WTA dalam Bahasa Inggeris. Waktu ekspo buku itu, saya dan adik hanya makan nasi lemak untuk sarapan sebelum ke putrajaya dan santapan kami seterusnya adalah pagi yang berikutnya.

Kami terlalu penat untuk makan malam walau lapar kerana kami sampai di rumah dalam pukul 12 malam. Semasa di ekspo buku itu pula, kami agak keberatan untuk tinggalkan booth, mana tahu, ada rezeki org beli buku.

Begitulah awal-awal. Ada masa saya menangis. Tak senang jual buku sendiri. Tak senang untuk yakinkan orang dengan buku kita. Tapi, saya yakin dengan cerita WTA. Jadi mustahil untuk saya berputus asa.

Baca: Pernah Sertai Kumpulan Rock, Kini Wanita Ini Jadi Pengembara Solo Tegar

mas-qistina-3

mas-qistina-4

Vocket: Ada pernah lalui peristiwa lucu?

Qistina: Haha. Yang paling kelakar setakat ini adalah ada orang ingat perempuan bertudung di cover WTA adalah perempuan Kenya bersama adik-adiknya.

Rasa sedih pun ada, nak tergelak pun ada. Tidak. Perempuan bertudung itu adalah saya. Bila saya beritahu mereka, ada yang terkejut, tidak percaya. Ceit!

Vocket: Okey, berbalik kepada diri Qistina. Nampaknya Qistina juga berjaya kuasai seni mempertahankan diri. Boleh kongsikan sikit tentang ini? Apakah seni bela diri yang Qistina kuasai dan sejak bila?

Qistina: Sejak di zaman sekolah rendah lagi saya sudah berjinak dengan seni mempertahan diri. Saya mempelajari ilmu Silat Gayung dan juga Silat Cekak Hanafi sewaktu zaman persekolahan sehinggalah ke pra-universiti.

Setahun selepas saya ke Kenya, saya pergi ke China selama 2 bulan, kali ini juga seorang diri dan menuntut ilmu Kung Fu selama 2 bulan di sana di sebuah sekolah kung fu di area Shandong bersama dengan sami-sami di sana.

Pengalaman itu amat menarik kerana kami berlatih setiap hari dari pagi sampai petang selama 2 bulan. Ada rakan-rakan di sana yang sudah tinggal di sekolah itu 5 tahun demi untuk menguasai seni kung fu.

Sekarang selepas pulang ke Malaysia, saya lebih fokus kepada tai chi dan seni pedang wudang.

mas-qistina-9

Shifu last words were “Spread good to others, dont let it extinct”
Its been a pleasure to sweat every saturday for the past 5 months here. Words are simply not enough to say how grateful I am to learn from him — at Taman Belia Pulau Pinang
.

mas-qistina-14

Throwback, 2 months of solid kungfu training in China. Again, went there alone and met a bunch of cool people from all around the world. 2 weeks into the training, I couldn’t even lift my legs to climb up the stairs to my dormitory because it just hurt to move the muscles.

And today, I couldn’t even lift myself up to train because bad habit has gotten into me. Shame on me.

mas-qistina-11

Vocket: Dari segi travel pula, sejak bila mula minat travel? Adakah kerana keluarga juga suka travel atau kerana faktor lain?

Qistina: Sejak kecil, saya hidup berpindah ke sana-sini atas faktor pekerjaan ayah. Saya pernah tinggal di Australia dan juga Perancis semasa zaman remaja.

Saya rasa ini adalah faktor utama saya suka travel kerana saya ghairah dan teruja melihat tempat orang dan adat resam mereka. Banyak yang kita boleh pelajari dan ambil iktibar apabila di tempat orang.

Dan oleh kerana keluarga saya bermastautin agak lama di tempat orang, faktor ini juga mendorong trend saya ketika mengembara. Tinggal di satu tempat untuk tempoh yg agak panjang, bukan stail touch & go kerana pada saya, saya lebih suka mempelajari adat resam tempat tersebut dan saya tidaklah bercita-cita untuk tick-down sebanyak mana negara yang saya jelajahi. Ini stail saya.

Vocket: Adakah travel adalah hobi Qistina? Masih ingat lagi trip pertama ke mana dan apakah kesan positif yang dirasakan daripada trip tersebut?

Qistina: Di Perancis, selalu jadi orang tengah berurusan ketika travel bersama keluarga kerana saya boleh berbahasa Perancis.

Ini mendorong saya menjadi berani, berkeyakinan tinggi dan tidak malu untuk bertanya. Faktor-faktor penting buat solo-traveller.

Vocket: Ada perancangan untuk terbitkan buku lagi selepas ni?

Qistina: Insyaallah, pengalaman saya mengikuti konvoi Irish ke Palestin pada tahun 2013 juga adalah satu pengalaman unik yang saya ingin kongsikan. Mungkin jika ada rezeki saya ingin terbitkan buku pengenai pengalaman tersebut.

Vocket: Ada pesanan atau tips yang ingin dikongsikan kepada pembaca Vocket yang mungkin ingin tulis buku dan berkongsi kisah inspirasi mereka seperti Qistina?

Qistina: Jangan takut untuk mencuba, berani bertanya dan lakukannya. Insyaallah selitkan dengan niat yang baik, Tuhan akan tolong.

Vocket: Apakah perkara positif yang diperolehi daripada pengalaman sebagai penulis buku ini?

Qistina: Untuk tidak pernah berputus asa dan sentiasa percaya bahawa “there’s always good in people”.

Ada pengalaman-pengalaman sedih sebagai penulis buku, tetapi semua cukup mematangkan diri saya sebagai penulis dan sebagai seorang insan.

Selain dari itu, ulasan yang saya terima dari setiap talk dan juga review buku membuatkan saya rasa saya tidak boleh berhenti di sini sahaja.

Saya ingin pengalaman tersebut diketahui ramai kerana saya yakin banyak teladan dan iktibar yang boleh diambil daripada cerita saya di Kenya.

Vocket: Ada info tambahan lain yang ingin Qistina kongsikan?

Qistina: Berkenaan Wachaa The Adventure. Buku ini boleh dibeli terus dari saya, dengan harga RM28 (termasuk autograf dan dedikasi) dan juga boleh didapati di beberapa online booksellers dan kedai-kedai buku.

Vocket: Ada pesanan kepada pembaca Vocket yang mungkin Qistina ingin sampaikan?

Qistina: Pesanan untuk pembaca vocket, saya titipkan seperti ayat pertama di mukasurat pertama buku saya:

To all dreamers out there, never stop dreaming

mas-qistina-2

mas-qistina-8

Chapter 3, the beginning of my solo journey in the small village of Kamba. My coordinator stayed for couple of hours before I was left in the hand of a local Kamba family alone.

Did I mention I was the first volunteer in the village and the only muslim there? The journey to know this tribe was challenging but it was fascinating nonetheless. Everything was new to me and to them, who looked at me, the ‘first British’ who decided to stay live among them in the village.

mas-qistina-12

Hari ni berjumpa dengan satu-satunya sahabat yang aku describe dalam buku Wachaa. Gambar si gadis ni adalah gambar orang pertama dalam buku, menemani aku berjalan kaki ke stesen bas daripada UCD. Saat-saat awal pengembaraan.

Gambar diambil membelakangi rak buku highlights. Satu hari nanti aku berharap untuk melihat Wachaa di situ, insya Allah.

Bagi pihak Vocket, saya ucapkan terima kasih di atas kesudian Qistina untuk berkongsi sebahagian daripada cabaran dan perjalanan sewaktu memperkenalkan buku beliau kepada khalayak.

Kami mendoakan agar Qistina terus berjaya mengatur langkah dalam memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda di luar sana.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan buku Wachaa The Adventure, boleh hubungi Qistina di Facebook Page Wachaa The Adventure. Dengarnya Bahasa Inggeris yang digunakan dalam buku Qistina mudah untuk difahami.

Baca lagi: 10 Alasan Kenapa Wanita Yang Gemar Travel Memang Hebat

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤