Bermula tengah malam tadi MAS yang merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia telah menawarkan tambang penerbangan serendah RM999 sehala bagi kelas ekonomi untuk penerbangan ke London.

Menurut kenyataan  rasmi yang dikeluarkan oleh MAS seperti yang  telah disiarkan di The Rakyat Post, tawaran menarik ini berjalan selama 2 hari bermula pada 23 Ogos (hari ini) dan berakhir tepat jam 12 tengah malam 24 Ogos 2016 (esok).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Promosi 2 hari yang diberi nama “Here, There, Everywhere” ini turut menawarkan tambang penerbangan serendah RM99 sehala bagi kelas ekonomi ke destinasi terpilih untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Peter Bellew, tahun ini merupakan tahun yang baik bagi MAS yang telah berjaya meletakkan asas untuk syarikat penerbangan ini kembali berkembang.

Kempen ini merupakan permulaan bagi MAS untuk kembali menempatkan diri di pasaran serta sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia mereka.

malaysia-airlines-2

Ujar Peter Bellew lagi; “tawaran menarik ini turut didatangkan dengan harga ‘all inclusive’ tanpa caj tersembunyi, hidangan menyelerakan sewaktu dalam penerbangan, komplimentari beg sehingga berat 30kg serta tiada caj tambahan bagi bayaran dengan kad kredit. Satu tawaran yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh pelanggan kami.”

Baca: Kenangan Manis ‘Token Of Love’ Wanita Ini Bersama MAS Buat Kami Mahu Turut Lakukannya

Harga promosi yang berjalan selama 2 hari ini adalah untuk penerbangan bermula 2 September 2016 – 8 Mach 2017.

Selain daripada penerbangan ke London dengan harga dari RM999 sehala, destinasi lain yang turut ditawarkan harga menarik adalah ke Perth serendah dari RM379 sehala dan Hong Kong serendah RM339 sehala.

MAS turut menawarkan harga menarik bagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shanghai dari RM279 sehala dan Tokyo dari RM499 sehala.

Bagi penerbangan domestik pula, harga adalah dari serendah RM99 sehala.

Bagi anda yang gemar terbang dengan syarikat penerbangan premium, ini satu tawaran yang sukar untuk dilepaskan. Ingat, offer ni berjalan 2 hari saja dan tiket penerbangan boleh ditempah di laman web rasmi MalaysiaAirlines.com.

Update: Tawaran menarik penerbangan pergi balik ke Jeddah dengan tambang serendah RM400 juga turut ditawarkan pada kali ini. Jika ada yang merancang nak buat umrah, ini peluang baik untuk anda.

Baca lagi: Cinta Jarak Jauh Ini Simbolik Yang Mencuit Hati Rakyat Malaysia Yang Mahukan MAS Tetap Terbang Tinggi