Malaysia Airlines Bhd atau lebih dikenali dengan nama penerbangan MAS buat julung-julung kalinya bakal menawarkan diskaun sehingga 40% buat para pengguna. Diskaun yang dijalankan ini bersempena dengan Malaysia Airlines Travelicious Deals (MATD) yang berlangsung pada 14 sehingga 20 Ogos 2018.

Melalui promosi yang dijalankan ini, anda berpeluang terbang ke dalam dan luar negara dengan harga promosi serta menikmati hospitaliti terbaik melalui syarikat penerbangan ini. Selain itu, promosi melibatkan pembelian saiz bagasi tambahan antara yang turut ditawarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara penerbangan yang ditawarkan secara promosi oleh MAS adalah ke Hong Kong pada harga RM709 manakala ke Manila pula ditawarkan pada harga RM769. Promosi penerbangan ini ditawarkan sehingga 20 Ogos ini manakala tempoh penerbangan promosi bermula pada 19 Ogos sehingga 30 Jun 2019.

Sumber