Sekiranya anda seorang yang kerap travel menggunakan pakej daripada syarikat pelancongan, Andalusia Travel sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam membuat pilihan. Berdasarkan rekod yang baik sebelum ini, Malaysia Airlines Bhd telah menjalinkan kerjasama kontrak bersama Andalusia Travel selama tiga tahun.

Melalui perjanjian yang dibuat, kedua-dua syarikat ini bakal bergabung tenaga untuk menawarkan pakej umrah buat para jemaah bermula Ogos ini. Dalam usaha untuk memberikan keselesaan buat para penumpang, pesawat A380-800 telah dipilih untuk menampung sehingga 484 jemaah.

Malaysia_Airlines_A380_flying_right_to_left2048x1538-916×688-e1490358812995 (1)

Menyoal dari segi keselesaan, Andalusia Travel & Tours sedia untuk menawarkan keselesaan yang terbaik buat para jemaah khususnya dari segi penginapan.

Setakat tahun ini, kedua-dua syarikat ini komited untuk menawarkan sebanyak 65 penerbangan ke Jeddah dengan penwaran sebanyak 42,000 tempat duduk manakala sebanyak 200 penerbangan bakal diterbangkan sepanjang kerjasama.

umrah

Buat anda atau ibubapa anda yang ingin menjadi sebahagian daripada jemaah dibawah kerjasama MAS dan Andalusia Travel, anda bolehlah mula membuat tempahan tidak lama lagi.

Sumber