Kontroversi yang melibatkan Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju dan bekas tunangnya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey masih menjadi bualan ramai apabila permasalahan mereka seperti tiada titik noktah.

Sebelum ini, Khazrul dilihat mengungkit perihal pagar rumah selepas hubungan mereka putus di tengah jalan dan Anju menegaskan bahawa tidak pernah memaksa Khazrul untuk hadiahkan pagar rumah serta akhirnya Anju perlu menanggung hutang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kesal dan berang dengan Khazrul yang asyik mengungkit, Anju meluahkan perasaannya di Instastory miliknya. Tambahnya, Anju turut merasakan dirinya seperti dijadikan sebagai bahan konten buat Khazrul.

Tidak hanya itu, Anju turut membuat kenyataan seolah-olah memerli Khazrul dan mendakwa bahawa bekas tunangnya itu gila glamor serta penunggang agama.