Memberikan reviu atau ulasan selepas membeli sesuatu barangan bukanlah perkara asing dalam kehidupan kita terutamanya dengan adanya pelbagai platform media sosial dan juga laman-laman e-dagang yang membuatkannya lebih mudah.

Bukan sahaja dapat menilai barangan atau perkhidmatan yang diberikan tetapi ia juga boleh menjadi panduan kepada mereka yang bakal membeli atau mendapatkan barang atau perkhidmatan yang sama.

Antara yang sering diluahkan netizen ini adalah kekecewaan yang sentiasa diungkapkan melalui terma expectation dan juga reality selepas mendapatkan barang atau perkhidmatan yand dipesan mereka seperti yang dilakukan gadis ini yang berkongsikan kisahnya membeli kek baru-baru ini di Twitter.

Menurut perkongsian berkenaan, gadis tersebut @ainaaLilyana berkongsikan pengalamannya membeli sebiji kek untuk hari bermakna dalam hidupnya. Namun apa yang mengecewakan adalah kek berkenaan sedikit (atau banyak) berbeza daripada apa yang dipesannya dengan penjual berkenaan.

Capture

Apa yang mengecewakannya adalah penjual berkenaan pada awalnya memberitahu mampu untuk memberikan beliau kek seperti yang diminta.

Tetapi apabila kek berkenaan sampai kepadanya ianya mempunyai banyak kesilapan dan hampir tidak sama dengan apa yang dipesannya, kecuali kalendar yang mungkin kelihatan sedikit sama.

“Pertama kali pesan kek Korea dapat buruk macam ni.

“Biasa pesan dengan penjual lain, dapat sebiji macam dalam gambar. Saiz pun sama macam kita minta,” kongsinya.

Terlalu banyak kesilapan

Buat anda yang tertanya dimanakah kesilapan kek berkenaan, ianya bukan sahaja tidak sebaik yang dipesan tetapi saiz kek berkenaan menurutnya sudah tidak sama sama dengan apa yang diminta.

Beliau difahamkan memesan kek bersaiz 7 inci atau 9 inci. Namun apa yang diterimanya adalah kek bersaiz 5 inci.

Sebab yang diberikan penjual? Ianya difahamkan diukur mengikut berat kek berkenaan.

Bukan sahaja saiz dan rupa yang tidak sama, tetapi beliau juga menjelaskan menerima kek span berwarna warni berbanding kek coklat yang telah dimintanya sebelum ini dan tambah mengecewakan warnanya juga tidak sama seperti yang diminta.

“Order warna ungu macam ni. Sampai sampai warna putih.

“Bila tanya dia cakap dah buat ungu lembut. Ungu lembut dia macam putih nila agaknya. Cannot brain ya,” luah beliau dengan kecewa di Twitter.

AnyConv.com__Eq42rVMVQAIJC8R
warna ungu yang dipesannya.

Selain daripada saiz dan warna yang tidak sama, beliau juga memberitahu penjual berkenaan tidak meletakkan sprinkle seperti yang dimintanya ketika membuat pesanan.

“Sepatutnya kalau tak boleh buat, cakap je tak boleh. Jika nak caj lebih, pelanggan ni sanggup saja bayar kalau betul-betul nak.

“Paling kecewa bila penjual tak nak mengaku salah. Siap salahkan kita balik,” luahnya.

Selepas pelbagai kekurangan yang terdapat kepada kek berkenaan, beliau akhirnya membawa aduan berkenaan ke sosial media dan ianya telah tular sehingga mendapat lebih daripada 8,000 perkongsian.

Seperti dijangka, masalahnya dengan penjual berkenaan kemudiannya dianggap selesai selepas beberapa ribu perkongsian dan pandangan oleh netizen.

Penjual kek tersebut menurut perkongsian terbaru dibuat beliau beberapa jam lalu telah pun mengakui kesilapan mereka dan meminta maaf di atas kekurangan yang berlaku kepada kek berkenaan.

Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Gaji Pokok Hanya RM550, ‘Pay Slip’ Pengawal Keselamatan Ini Cetus Perdebatan Netizen

Selamba Buang Sampah Dalam Sungai, Tindakan ‘Tiada Sivik’ Wanita Ini Buat Netizen Berang

Mahu Jual Semula PS5 Dengan Harga Sehingga RM6,000, Tindakan Pemuda Ini Diperli Netizen

Sumber