Berita mengenai seorang wanita yang mempunyai ratusan susuk baru-baru ini menjadi viral di internet. Ini dapat dilihat dari gambar X-ray yang dikongsi oleh pengguna Instagram, Tasqia Syabira yang berasal dari Indonesia.

Dalam gambar X-ray, jelas bahawa wanita yang dilaporkan berusia 55 tahun itu mempunyai ratusan susuk di tubuhnya. Implan itu kelihatan seperti banyak garis putih kecil yang tersebar di seluruh tubuhnya.

photo_2020-10-26_10-59-53
HYPE
Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran
Baca lagi →

“Seorang pesakit wanita berusia 55 tahun diarahkan melakukan X-ray. Jadi berapa banyak susuk yang ada?” tulis Tasqia dalam muat naiknya.

viral-foto-x-ray-ratusan-jarum-diduga-susuk

@tasyabira

Tasqia juga memberikan beberapa penjelasan mengenai susuk. Menurutnya, susuk dalam dunia perubatan disebut sebagai Charm Needles. Secara amnya, susuk boleh dilihat dengan jelas semasa seseorang melakukan X-ray. Ini kerana susuk diperbuat daripada emas dan tembaga.

Namun, apabila pesakit perlu menjalani pembedahan, susuk yang dipakainya tidak akan kelihatan ketika dibedah. Jadi, susuk hanya boleh dilihat dengan menggunakan sinar X-ray.

“Susuk ini jarang menyebabkan komplikasi, jadi biasanya apabila melakukan X-ray, ‘secara tidak sengaja’ saya menjumpainya. Jika di X-ray ada, tetapi jika dibedah tidak kelihatan,” tambahnya.

 

viral-foto-x-ray-ratusan-jarum-diduga-susuk-3

Tasqia juga mengatakan bahawa susuk boleh jadi merbahaya jika ia menyebabkan jangkitan. Namun, hingga kini, dia masih rasa misteri dan bingung mengapa susuk tidak dapat dilihat semasa pesakit melakukan pembedahan.

“Mengapa ia dapat dilihat semasa melakukan X-ray? Kerana ia dibuat dari emas dan tembaga, jadi ia mampu dilihat semasa X-ray. Kenapa semasa di bedah hilang? Wah, saya pun tidak tahu. Di dalam jurnal, perkara ini masih menjadi misteri dan apakah susuk ini ada jangkitan, juga sukar dicari,” jelas Tasqia.

Gambar X-ray tubuh wanita yang dipenuhi dengan susuk ini kemudian menjadi viral dan netizen datang berbondong memberi komen. Kebanyakan daripada mereka merasa seram apabila membaca kisah yang ditulis oleh Tasqia.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Rambut Panjang Dan Mata Merah, Pengalaman Seram Lelaki Ini Di Salah Sebuah Hotel Di Ipoh

5 Pengalaman Paling ‘Seram’ Hasil Perkongsian Pembaca Vocket

Seram Dan Didakwa Berunsur Syirik, Penceramah Minta Hentikan ‘Lathi Challenge’

Anda Mungkin Suka