Buat para ibu yang bekerjaya, pastinya ingin peralatan dapur yang dapat menjimatkan masa dan memudahkan untuk menyediakan makanan. Pastinya jika para ibu tahu akan periuk nasi serbaguna dari Jepun ini, mereka akan tersenyum gembira dan ingin mendapatkannya.

Bukan sekadar periuk nasi, Twin Chef hadir dengan tetapan yang berbeza membolehkan anda mengoptimumkan suhu dan masa memasak periuk untuk membuat makanan yang berbeza.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Anda bukan sahaja boleh masak nasi tetapi anda juga boleh tampil dengan menu seperti okayu (bubur nasi Jepun), nimono (daging dan sayur-sayuran rebus ala Jepun), sup dan kek.

Lebih menarik, anda boleh masak 2 menu berbeza dalam satu masa yang berbeza dan juga dua dulang steamer turut diberikan untuk membuat lauk tambahan. Difahamkan harga untuk Twin Chef ini adalah 19,800 yen (~RM803) sahaja dan jika berminat boleh dapatkan di laman sesawang Shop Japan.

Sementara itu, mesin Thermomix menjadi buah mulut netizen di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Thermomix, Mesin Bernilai RM7,188 Yang Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami

Kejadian Thermomix Meletup Tahun 2016 Kembali Jadi Bualan Hangat Netizen

5 ‘YouTube Channels’ Pilihan Untuk Anda Tingkatkan Skil Memasak Bagaikan Chef Di Rumah

Anda Mungkin Suka