Amaran: Jangan baca jika anda berhati tisu!

Tak semua orang bernasib baik. Bukannya hari ni cadang nak beli rumah pertama, bulan depan terus dapat. Lagi-lagi yang tak pernah langsung peduli tentang pengurusan kewangan sebelum ni.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kalau anda jenis yang memang dah berkepuk-kepuk duit simpanan, CCRIS pun bagus, DSR pun masih banyak buffer, malahan ada pula kemahiran mengurusan kewangan dengan baik, mungkin boleh.

Tapi hakikatnya kebanyakan anak-anak muda pastinya ada akan hadapi masalah-masalah seperti berikut:

1. Deposit Tiada

Kalau sekarang anda belum ada lagi duit simpanan, berapa lama diperlukan masa untuk anda kumpulkan RM15,000 contohnya. Memang tak ada langsung duit simpanan ni sebab biasanya duit banyak habis melancong, modify kereta, belanja makwe, kan? Okay, andaikan sebulan anda mampu menyimpan RM1250, jadi anda memerlukan 12 bulan untuk mencukupkan RM15,000. Kalau sebulan dapat simpan RM500 sahaja? Kiralah sendiri. Jangan lupa, boleh juga keluarkan duit daripada KWSP Akaun 2 ye.

2. Rekod CCRIS Teruk

Bayaran balik pembiayaan kereta selalu terlambat bayar, pembiayaan peribadi selalu tertunggak sampai dua bulan dan kad kredit pula, outstanding balance lebih 70% daripada had penggunaan. PTPTN lagilah, langsung tak pernah bayar. Dah pandai pinjam, tak reti nak bayar. Jika anda ada masalah tu, sekurang-kurangnya perlukan 12 bulan untuk bersihkan CCRIS anda. Pastikan sepanjang 12 bulan tu, bayaran balik pinjaman anda cantik.

3. Debt Service Ratio (DSR) Burst

Terlampau banyak hutang dengan bank. Pembiayaan peribadi sampai RM50,000, pembiayaan kereta sampai RM80,000, kad kredit lagi berkeping-keping. Padahal gaji kau RM3,000 je. Insaflah. Anggaplah ia kesilapan masa lampau anda. Perbaikinya semula. Mungkin ambil masa 6-12 bulan. Malah, bertahun-tahun pun boleh jadi juga kalau dah teruk sangat.

4. Kurang Ilmu Hartanah

Kalau nak beli rumah pertama dan tiada langsung ilmu dan pengalaman, bolehlah belajar serba sedikit daripada buku, seminar, Facebook dan networking. Kalau anda hebat, insyaAllah cepat catch up. Mungkin ambil masa beberapa bulan. Beli rumah bukan macam beli iPhone tau. Walaupun sekarang dah boleh beli iPhone bayar ansuran, masih tak sama macam beli rumah. Tersilap langkah, rugi beribu-ribu ringgit.

Cukuplah 4 masalah ni yang anda kena hadapi. Kalau nak ikutkan, banyak lagi sebenarnya. Bagitau banyak-banyak nanti, hidup anda jadi tak tenang pula.

Orang kita suka nampak masalah tu besarrrr sangat. Sampai peluang di depan mata jadi terlindung dan langsung dia tak nampak.

Jadi, kalau anda merancang nak beli rumah tahun depan, daripada tahun ni dah kena bersedialah. Jangan bertangguh lagi tau.
Teringin saya nak dengar daripada Follower saya, umur 24 tahun dah ramai yang beli rumah pertama. Saya gembira. Tapi yang paling gembira mestilah anda juga.

Bukannya sibuk mengumpul kad kredit dan kereta mahal sahaja. Kalau gaji RM10,000 lantaklah. Ini gaji baru RM3,000 ye. Hurm. Banyak pula membebel pagi-pagi ni. Haha.

Wahai anak muda, apa lagi masalah yang korang hadapi untuk beli rumah pertama? Mai habaq mai.