Nota Editor: 9 masalah berikut merupakan masalah yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia yang travel ke Pulau Jeju, Korea Selatan. Ia telah dikongsikan oleh Sakinah Omar, satu-satunya pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Pulau Jeju, Korea Selatan. Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk anda yang ingin travel ke sana.

pulau-jeju-4

Kami nak share sikit berkenaan masalah-masalah besar yang sering dihadapi rakyat Malaysia bila datang ke Jeju. Seringkali saya dapat panggilan last-minute dari orang Malaysia yang dah sampai di Jeju tetapi menghadapi pelbagai masalah.

Di bawah saya share antara masalah-masalah yang sering timbul:

1. Ramai yang anggap Jeju macam Seoul, mudah travel dengan public transport. Akhirnya kecewa sebab Jeju ni macam Langkawi, kenderaan private wajib ada.

Ada yang stay Jeju 3 hari tapi hanya melawat 3-4 tempat sahaja kerana pengangkutan yang terhad.

2. Ada kes pula yang sewa kereta dan dah bayar FULL. Tapi tak dibenarkan ambil kereta sewa sebab takda permit memandu antarabangsa. Jadi kalau nak memandu di Jeju, make sure ada permit.

3. Memandu di lorong kiri. Ada yang call minta bantuan kami bercakap dengan pihak polis atas sebab ditahan polis kerana memandu salah lorong. Di Korea ni Left Hand Drive bukan macam Malaysia.

Jadi kalau anda nak memandu di Korea, tolonglah hati-hati jangan masuk salah lorong. Kalau tak konfiden memandu, jangan memandu. Sebab di bandar jeju kereta banyak dan traffic busy.

Baca: Menetap Lebih 7 Tahun Di Seoul, Lelaki Ini Berkongsi 7 ‘Survival Tips’ Ke Korea Selatan

pulau-jeju-2

pulau-jeju-6

4. Pemandu sesat. Memandu di Jeju jangan terlalu bergantung kepada GPS sebab GPS dalam Bahasa Korea, bila kita key-in address dalam alphabet English, GPS biasanya bawa ke tempat lain.

Jadi fokus pada signboard, GPS 70% membantu tapi selebihnya kena pandai-pandai lah baca signboard atau tanya orang. Bila sesat jangan panik. Mostly yang memandu di Jeju memang sesat tapi akhirnya jumpa jalan pulang.

5. Kena halau dari airport Jeju. Sila maklum, airport Jeju bukan 24/7 dibuka. Airport ditutup jam 11.30 malam dan tak dibenarkan overnight. Jika anda overnight mesti kena halau.

6. Nak stay di Seogwipo atau Jeju City. Make sure anda stay di Jeju City sebab semua arrangement bermula di sini.

7. Menganggap Jeju pulau kecil yang boleh di cover dengan ‘day tour‘ sahaja. Sila maklum bahawa Pulau Jeju merupakan 3 kali ganda lagi besar dari Seoul, dah ramai yang message kami bagitau mereka menyesal bayar flight ticket mahal-mahal tapi hanya untuk day tour sahaja sedangkan Jeju sebenarnya sangat banyak tempat yang boleh dilawati.

Jadi kami cadang kalau anda nak datang Jeju please allocate at least 3 hari 2 malam.

Baca: 20 Makanan Sedap Dan Mesti Dicuba Jika Anda Ke Korea Selatan

pulau-jeju-5

pulau-jeju-3

8. Day tour. Ramai yang menganggap Jeju seperti pulau kecil yang cukup dilawati hanya dengan day tour, tapi sebenarnya Jeju 3 kali ganda lebih besar dari Seoul, memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk tour.

Jadi jika anda tak nak rugi flight ticket yang dibayar mahal, please allocate percutian di Pulau Jeju untuk beberapa hari. Bukan satu hari atau balik hari.

9. Pemandu pelancong Korea. Ada beberapa kali kami dihubungi oleh traveller dari Malaysia yang memberitahu mereka telah mengambil pakej percutian oleh travel agent Korean sewaktu di Jeju, tetapi mereka kecewa dengan restoran yang mereka dibawa kerana kesemuanya menghidangkan daging dan tiada ikan atau seafood. Akhirnya mereka hanya makan nasi dan sayur sahaja.

Baca lagi:
17 Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi Di Pulau Jeju, Korea Selatan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram