Sejak daripada 9 September, pengguna pascabayar dan prabayar Celcom melaporkan perkhidmatan data dan panggilan mereka sedikit terganggu. Hal ini sekaligus membuatkan pengguna Celcom meluahkan masalah yang dihadapi terhadap telco ini.

Difahamkan gangguan ini berlaku disebabkan aktiviti-aktiviti melibatkan penyelenggaraan. Pihak Celcom juga telah dilaporkan telah mengambil langkah bagi mengurangkan kesan gangguan kepada pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
0
Sumber: LinkedIn

Walau bagaimanapaun, masalah gangguan ini dijangka bakal berlanjutan sehingga 13 Disember. Dalam erti kata lain, pengguna Celcom bakal mengalami masalah yang sama untuk beberapa hari ini. Kawasan-kawasan yang bakal terlibat dengan masalah gangguan ini adalah Lembah Klang, Selangor, Sabah dan juga Johor.

Pada bulan Mei lalu, Celcom telah sah bergabung bersama Digi dalam menjadi penawar telekomunikasi terbesar di Malaysia. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Celcom Dan Digi Sah Bergabung Menjadi Penawar Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Celcom Secara Tidak Sengaja ‘Iklankan’ Telco U Mobile

Sumber