Walaupun menghidap penyakit Cerebral Palsy yang mengakibatkan dia mengalami masalah pertuturan namun itu tidak menghalang lelaki ini untuk menjalankan perniagaan di Facebook Live seperti orang lain.

Lelaki tersebut, Dale Alderic Teri yang dilahirkan dengan kelainan upaya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk memasarkan produk jualannya di laman Facebooknya walaupun tidak boleh bertutur dengan sempurna seperti orang biasa.

Facebook Live ketika ini menjadi pilihan para peniaga untuk menjual produk mereka sambil berinteraksi dengan pelanggan yang menonton melalui kaedah streaming di platfrom media sosial itu.

Dengan kelainan yang dimilikinya itu, Dale mengambil inisiatif menggunakan fungsi chat di sesi live tersebut untuk berinteraksi bersama pelanggan yang berminat dengan produk yang dijualnya.

“Saya adalah seorang OKU yang cacat anggota dari golongan Cerebral Palsy,berusaha menjalani perniagaan online.

“Saya mohon maaf yang saya mempunyai masaalah pertuturan, seandainya rakan rakan sekalian tidak dapat memahami saya sila teks dengan saya dalam chat,” tulis Dale setiap kali bersiaran secara langsung.

Tambah mengejutkan, sesi live yang dikendalikannya di akaun Scarpe Negozio My itu mencatat purata ribuan penonton setiap kali ia berlangsung dengan video terbarunya yang dimuat naik empat hari lalu mencecah sehingga 16,000 tontonan.

scarpe

Malah sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, bapanya dalam satu temu bual bersama portal Mstar memberitahu anaknya itu kini meluangkan masa sehingga lapan jam sehari untuk urusan perniagaannya berbanding hanya dua jam sehari sebelum ini.

“Bila ramai orang meluangkan masa secara online, jadi Dale pun kena meluangkan lebih banyak masa membuat FB live.

“Dari pagi ke tengah hari, petang hingga malam Dale bekerja. Dia ambil peluang yang ada sebaik mungkin,” jelas bapanya.

Situasi COVID-19 ini memainkan peranan yang penting untuk kebanyakan bisnes terutama perniagaan kecil dan sederhana. Baca kisah lelaki ini yang terpaksa menutup studio miliknya selepas hanya sempat beroperasi selama dua bulan kerana PKP di pautan di bawah. 

‘Usaha 2 Tahun Operasi 2 Bulan, Bila PKP Sebulan Terus Tutup Kedai’

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup

iflix Sedia Lepaskan Pekerja Untuk Kurangkan Kos Operasi Berikutan COVID-19

Sumber