Siapa yang berada di dalam dunia perniagaan mahupun startup, pasti sedar kewujudan Softbank. Akan tetapi sebahagian daripada kita tidak mengenali siapa pemilik Softbank dan bagaimana syarikat pembekal aplikasi ini mampu menjadi tech giant dan VC firm yang disegani pada hari ini.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Siapakah Masayoshi Son?

masayoshi-son-e1430929769227

Dilahirkan di Japan, Masayoshi Son mendapat pendidikan awal di Jepun dan beliau akui menerima beberapa ejekan berbaur rasis kerana keluarga beliau berketurunan Korea yang berhijrah ke Jepun.

Sewaktu ditemuramah dalam Rubbeinsten Show, Son berkongsi cerita mengenai diri beliau sewaktu menjadi pelajar. Beliau sangat kagum dengan ketika itu, dan berusaha nak jumpa hingga bercakap dengan pihak pengurusan.

Permintaan beliau waktu itu sangatlah ringkas, beliau nak bersua muka dengan Founder McD Jepun, Den Fujita selama 3 minit sahaja tanpa perlu bercakap sepatah pun. Dengan kata mudahnya, menatap wajah selama 3 minit. Akhirnya Masayoshi Son ditemukan dan dapat bercakap selama 15 minit.

Apa soalan yang ditanya oleh Masayoshi-Son ? “What is the future business?”. Lalu dijawab Den Fujita, “Not from past industry, look at future industry, computer industry.”

softbank

Sejak dari itulah, Masayoshi Son berkecimpung dalam teknologi dengan membuat mesin terjemahan bahasa. Produk pertama beliau dijual kepada SHARP dengan keuntungan $1.7 juta (RM7.07 juta).

Kemudian beliau jual lagi ciptaan beliau pada harga $1.5 juta (RM6.24 juta). Jika anda sudahpun mempunyai aset bernilai $32 juta, apa yang kita buat? Mungkin ada diantara anda sudah cukup berpuas hati serta memilih untuk hidup bersenang-lenang bukan?

Namun tidak bagi Masayoshi-Son, beliau menggunakan wang tersebut untuk memulakan Softbank, sebuah syarikat atau ‘bank’ untuk menghimpunkan software.

Pada tahun 2000, krisis tech bubble berlaku dan banyak syarikat teknologi mengalami impak yang besar sehingga ada yang gulung tikar. Bukan hanya Softbank, Amazon, Yahoo pun mengalami perkara yang sama.

317927437_0-7

Dalam surat yang ditulis Bezos, kepada pelabur mereka CEO Amazon ini menekankan fokus Amazon adalah jangka masa panjang. Dari segi tulisan Bezos ini menunjukkan, tech bubble bukanlah satu perkara yang mampu melumpuhkan daya saing mereka.

Dalam satu kisah yang lain, Masayoshi Son berjenaka tentang kekayaannya ketika itu sempat memintas Bill Gates selama 3 hari, kemudian market crash mengakibatkan beliau hilang $70billion dalam sehari.

Dengan kekangan dana, dan nilai saham yang teruk, Softbank menangani isu tech bubble dengan baik. Terdapat dua pilihan sahaja yang mampu Masayoshi Son lakukan iaitu mendapatkan spektrum license atau dapatkan syarikat telco sedia ada. Selepas cadangan pertama beliau ditolak, Softbank terus mengambil alih Vodafone Japan selari dengan visi Masayoshi Son iaitu telefon bimbit adalah masa depan.

Hari ini kekayaan peribadi beliau berjumlah $26.7Billion dan Softbank menubuhkan Vision Fund untuk melabur dalam startup teknologi yang bakal menguasai dunia.

Kerjasama yang mengubah nasib Alibaba

Jika sekarang kita kagum dengan Alibaba dan Jack Ma, ketahuilah diceritakan oleh Masayoshi-Son, sewaktu Jack Ma memohon dana untuk AliBaba, Jack Ma juga pernah kelihatan seperti orang biasa yang tidak mempunyai sesuatu yang menarik. Yang menarik perhatian, Masayoshi Son adalah Jack Ma seorang yang cekal dan mempunyai visi dalam membangunkan syarikat.

Akhirnya Softbank memberikan dana kepada Alibaba dan pada hari ini Alibaba sudah pun diapungkan di NASDAQ. Dibawah merupakan senarai pendek startup yang diberikan dana oleh Softbank.

Screen-Shot-2018-06-07-at-5.54.37-AM

Apa yang boleh dipelajari dengan kisah Masayoshi Son

101734579-450086260

Sebagai usahawan ada beberapa pengajaran yang boleh kita belajar dari Masayoshi Son. Pertama, sentiasa merendah diri dan kerana setiap orang mempunyai pandangan masing masing.

Kedua, pandanglah pelaburan untuk jangka masa jangka panjang dan diwarwarkan dalam Bloomberg pada 3-4 hari lalu, Softbank menerima dana tambahan dari Middle East untuk Vision Fund. Mungkin selepas ini, kita akan lihat Softbank lebih rancak melabur dalam pasaran startup teknologi global.

Buat anda yang berminat untuk menonton temuramah bersama Masayoshi Son, anda boleh klik disini untuk menontonnya. Buat anda yang baru mengenali Masayoshi Son, mungkin beliau antara yang boleh anda jadikan idola di dalam bisnes digital.

Artikel di atas disumbangkan oleh Faiz Azizan. Beliau merupakan seorang pengurus kepada studio fotografi, Bajiwoa Studio. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group