Percaya atau tidak masih ramai SONE, peminat Girls’ Generation tak boleh ‘move on’ daripada peristiwa 30 September 2014 meskipun sudah lebih 3 tahun berlalu. Ia detik dimana kumpulan K-pop terkenal ini tidak lagi jadi OT9 apabila Jessica berpisah dengan Girls’ Generation.

Girls' Generation 1st Asia Tour: Into the New World

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maka, kemungkinan tiada lagi peluang peminat ‘Taengsic’ melihat Taeyeon (ketua Girls’ Generation dan main vocalist) dan Jessica (main vocalist) menyanyi di atas pentas bersama. Tidak mungkin ada duet di antara mereka, sedangkan suara mereka berdua begitu harmoni apabila digabungkan. Saling menguatkan dan menyokong vokal antara satu sama lain.

SNSD terima Golden Disk Award pada 12 Januari 2012 di Osaka, Jepun.

10 tahun sudah berlalu sejak Girls’ Generation (turut dikenali sebagai So Nyuh Shi Dae atau SNSD) debut pada 5 Ogos 2007 dan selama itu juga para peminat telah mengikuti perkembangan kumpulan ini dari mereka rookie hingga dinobat sebagai “The Nation’s Singers” dan “The Nation’s Girl Group” – populariti SNSD turut main peranan penting dalam perkembangan Korean Wave.

mashup Jessica Taeyeon SNSD
Taeyeon dan Jessica

Berbalik kepada mashup iaitu proses menggabungkan dua atau lebih lagu menjadi sebuah lagu baru dengan cara kombinasi vokal dan instrumental muzik lagu yang berlainan, mashup Jessica dan Taeyeon ini istimewa kerana ia tidak kedengaran canggung apabila digabungkan. Vokal dan muzik blend well together.

Mashup Jessica Taeyeon

Berikut ialah 5 video mashup kombinasi terbaik lagu-lagu solo Jessica dan Taeyeon yang telah dibuat oleh peminat mereka:

1. Mashup lagu I oleh Taeyeon dan Fly oleh Jessica.

2. Mashup lagu Fly oleh Jessica dan Why oleh Taeyeon.

3. Mashup lagu Why dan I oleh Taeyeon dan Fly dan Wonderland oleh Jessica.

4. Mashup lagu 11:11 oleh Taeyeon dan Wonderland oleh Jessica.

https://www.youtube.com/watch?v=HBoh0bsx344

5. Mashup lagu Heart Road (마음길) oleh Jessica dan If (만약에) oleh Taeyeon.

Mashup sebegini buat peminat Taengsic semakin merindui mereka dan mengingati persahabatan antara Jessica dan Taeyeon dalam SNSD.

Bonus duet Taeyeon dan Jessica:

Jessica yang baru melancarkan album mini ketiga, My Decade akan ke Pulau Pinang pada September 2017 ini untuk konsert KPOP Sensation 2017 bersama Kang Gary, bekas Running Man.