Trump nampaknya masih belum menyerah kalah dan masih cuba untuk membatalkan keputusan pilihan raya. Cuma kali ini, senjata yang dia gunakan adalah teori konspirasi yang tersebar meluas di laman media sosial.

Ahad lalu, The Washington Post mengeluarkan satu rakaman panggilan telefon di antara Presiden Donald Trump dan Setiausaha Georgia, Brad Raffensperger. Dalam panggilan selama lebih satu jam itu, Trump mengeluarkan teori konspirasi mengenai pilihan raya di Georgia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia dilihat sebagai salah satu usaha Trump untuk menyakinkan Raffensperger untuk membatalkan keputusan pilihan raya dan memberikan kemenangan kepada Trump.

Bagi anda yang tidak tahu, Trump tewas di Georgia dengan lawannya Presiden Joe Biden dengan 12,670 undi. Sejak itu, Trump dilihat menyokong beberapa teori konspirasi mengenai penipuan dan Dominion Voting Systems, yang membekalkan mesin undi di Georgia.

Syarikat yang berpusat di Denver itu, bertanggungjawab membekalkan barang-barang dan perisian untuk mengundi di setiap negeri dan daerah di AS. Disebabkan itu, mereka telah menjadi mangsa teori konspirasi yang direka oleh Trump dan penyokongnya.

Lebih teruk lagi, pekerja Dominian dilaporkan terpaksa bersembunyi kerana menerima ancaman daripada penyokong Trump.

Keputusan pilihanraya di Georgia sebenarnya telah dikira dan diaudit berkali-kali. Hasilnya, tiada satu bentuk penyelewengan pun yang ditemukan, lapor Raffensperger dan peguamnya, Ryan Jerman.

Rakaman audio

Awal hari ini, Trump menulis satu ciapan mengenai panggilan telefonnya dengan Raffensperger, di mana dia mendakwa setiausaha negari Georgia tidak dapat menjawab pertanyaannya mengenai pengundi yang mati, mesin mengundi yang musnah, dan teori konspirasi yang dikeluarkan.

Ciapan itu kemudiannya dibalas oleh Raffensperger, “Apa yang kamu katakan itu tidak benar. Kebenaran akan muncul.”

Beberapa jam kemudian, Washington Post mengeluarkan petikan audio dari panggilan tersebut. Di dalam panggilan tersebut, Trump menyatakan bahawa pengundi di Georgia dan rakyat AS marah dengan keputusan pilihan raya.

Dia turut kedengaran merayu kepada Raffensperger untuk membatalkan keputusan pilihan raya.

“Tidak mungkin saya tewas di Georgia,” Trump mengaku dalam panggilan itu sebelum menyatakan bahawa dia percaya bahawa dia benar-benar menang dengan “ratusan ribu undi.”

Setiap dakwaan bahawa wujud penipuan oleh Trump telah berulang kali dinafikan oleh pemeriksa fakta dan pegawai negeri. “Data yang anda miliki salah,” jelas Raffensperger kepada Trump semasa panggilan itu berlangsung.

Terdahulu, lihat bagaiman Joe Biden gunakan Facebook Ads untuk tewaskan Donald Trump. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Strategi Pemasaran, Bagaimana Joe Biden Gunakan ‘Facebook Ads’ Untuk Tewaskan Donald Trump?

Gagal ‘Move On’ Dengan Kekalahan, Donald Trump Dakwa Dirinya Peroleh Undian Majoriti

Sumber