Selepas episod Syahdu Raya Upin Ipin musim 14 ditayangkan di Indonesia, nama Fizi tiba-tiba naik selepas beliau dilihat menyinggung perasaan pasangan kembar tersebut dengan memberitahu tiada syurga buat mereka yang tidak mempunyai ibu.
Peminat dari Indonesia rata-rata ambil serius perkara berkenaan dan menuntut watak itu membuat permohonan maaf. Bercakap kepada Harian Metro, Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, itu antara permintaan peminat dari negara seberang yang diterima oleh mereka sejak episod berkenaan ditayangkan.
“Episod berjudul Syahdunya Syawal itu sebenarnya ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri di saluran MNCTV. Tiba-tiba tular pula, apabila penonton marahkan Fizi sampai terbawa ke laman sosial.

FIZI IS CANCELLED
-A THREAD- pic.twitter.com/O1fUzPjZ41
— 𝗽𝗮𝘂𝗹𝗼 (@riezlannn) May 28, 2020
Abah, Mak…
Selamat Hari Raya~
Tunggu kitaorang di syurga ye~
.#UpinIpin #HariRaya #selamathariraya #anakyatimpiatu pic.twitter.com/zlIjjSZGtk— Les' Copaque (@lescopaque) May 27, 2020
“Ini membuktikan dengan jelas mereka (penonton Indonesia) sangat ambil berat dan sayangkan Upin Ipin. Disebabkan itu, ramai yang teremosi apabila Fizi berkata syurga tiada buat anak yatim seperti mereka.
“Apapun, tidaklah serangan penonton itu terpalit juga pada penerbit disebabkan mereka pun faham, ia sekadar watak dalam lakonan. Cuma, penonton nak sangat Fizi buat permohonan maaf terbuka dan ada atau tidak babak itu? Nantikan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Naquyah, tiada niat untuk pihak mereka mencetus kontroversi berkenaan persoalan syurga buat anak yatim tetapi ia sengaja diwujudkan oleh produksi Les Copaque supaya memberi ruang kepada penonton untuk mengupas isu tersebut.
Ada netizen yang ‘rajin’ dengan memuat naik kompilasi ‘salah laku’ Fizi di media sosial dan YouTube supaya Fizi berubah sikap dan insaf selepas ini. Buat yang memandang dari sudut positif mereka berkata semasa kita kecil, kita tidak terlepas untuk mempunyai rakan seperti Fizi yang suka terlepas cakap.
Apa pun, ia adalah satu perkara yang baik kerana rakyat Indonesia turut sayang dengan Upin Ipin walaupun mereka pernah menghasilkan Upin & Ipin versi copy ori sebelum ini. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.
Gara-Gara Tersalah Cakap, Fizi Dari Upin & Ipin ‘Diserang’ Netizen Indonesia Dan Malaysia
- SUMBER
- Harian Metro