Umum tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilangsungkan, restoran dan premis makanan hanya dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.

Dalam pada itu, meskipun PKP sudah dijalankan lebih setahun, masih terdapat lagi restoran yang ingkar arahan dengan membukanya melebihi waktu yang ditetapkan dalam SOP. Lebih menarik perhatian ramai, restoran tersebut merupakan sebuah restoran francais terkemuka di Malaysia iaitu McDonald’s.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna di Twitter, difahamkan isu ini berlaku disebabkan penerimaan jumlah tempahan yang tinggi daripada platform GrabFood dan Foodpanda. Malah, terdapat rider yang terpaksa menanti makanan yang ditempah pada jam 6.30 petang sehingga jam 8 malam.

Screen Shot 2021-06-21 at 10.47.05 AM
Sumber: facebook rizalhakimm
Screen Shot 2021-06-21 at 10.46.47 AM
Sumber: facebook rizalhakimm
Screen Shot 2021-06-21 at 10.46.22 AM
Sumber: facebook rizalhakimm

Menerusi isu yang berlaku, para netizen turut meluahkan simpati terhadap para rider yang terpaksa menunggu lama sementara menantikan makanan yang ditempah pelanggan siap dibungkus. Tidak kurang juga yang mencadangkan agar pihak McDonald’s menutup sistem tempahan daripada para rider dengan lebih awal bagi memberi peluang buat para pekerja menyiapkan makanan.

McDonald’s yang terletak di Medan Idaman, Gombak ini walau bagaimanapun diarahkan tutup oleh pihak polis selepas didapati masih beroperasi selepas jam 8 malam.

Ikuti juga kisah pengembara ini yang melawat McDonald’s paling mahal dan menyedihkan di dunia.

Pengembara Ini Lawat McDonald’s Paling Mahal Dan Menyedihkan Di Dunia

Cemerlang Elak Provokasi Pemandu Wanita Di Sabah, Sikap Profesional Polis Trafik Ini Dipuji Netizen