“Saya tidak merokok dan makan berlebihan,” Tun Mahathir. Jika kita lihat daripada usianya, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang ‘manusia besi’. Mana tidaknya, di usia yang menganjak 93 tahun, Tun Mahathir masih lagi kuat mentadbir, menguruskan hal ehwal negara bahkan boleh memandu kereta sendiri!

Anda boleh bayangkan keadaan anda bila sudah tua nanti? Sejujurnya kami kagum sangat dengan cara Tun M menguruskan dirinya dan pada masa yang sama menjaga kesihatan untuk kekal sihat bertenaga.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Apa rahsia pemakanan Tun?

Tun M1

Macam yang anda tahu Tun M dan Tun Siti Hasmah sangat menjaga pemakanan seharian mereka. Ingat tidak lagi pernah viral dulu tentang makanan yang Tun M ambil setiap hari? Sedikit nasi yang Tun ambil. Masa itu ramai rasanya yang mula potong pengambilan nasi sebab mahu sihat macam Tun M.

Peminat makanan tempatan, rahsia pemakanan Tun M terbongkar

tun m2

Kalau anda tidak tahu, Tun M dan isteri merupakan peminat makanan tempatan. Macam mana kami tau? Baru-baru ni Tun M ada menghadiri majlis makan malam dan satu laporan tentang menu makanan yang dihidangkan kepada Tun M dan isteri telah disiarkan oleh media bahasa Cina eNanyang.

Untuk pengetahuan anda dalam protokol kerajaan, makanan yang dihidangkan kepada Perdana Menteri haruslah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri atau chef peribadinya supaya sesuai mengikut diet Tun M dan isteri. Mungkin ke ini rahsia Tun M kekal sihat?

Kami kongsi menu makanan Tun M dan terjemahan ada di bawah

tun m3

Makanan kegemaran:

Mee kari/char kuew tew/mi goreng
Roti jalan dengan kari daging
Tosai
Asam pedas ekor
Aneka kuih Melayu (kurang manis)
Popia
Semua jenis buah buahan kecuali buah naga

Minuman kegemaran:

Air minuman (Spritzer)
Kopi/teh (kurang manis)
Kopi tanpa caffein (Tun Siti Hasmah)
Teh + madu+ lemon (Tun Siti Hasmah)

Makanan dielakkan:

Ikan (Tun Mahathir)
Lala dan sotong (Tun Siti Hasmah)
Makanan pedas (kedua-duanya)

Tun M4

Kalau lihat senarai makanan yang Tun M dan isteri suka makan kebanyakkannya semua makanan tempatan dan hidangan yang dikurangkan gula. Nampak tak? Anda boleh sahaja hendak makan apa jenis makanan pun, tapi yang penting kenalah jaga pengambilan makanan anda.

“Berhenti makan bila tengah seronok,” Tun M

tun m5

Selain menjaga pemakanannya, Tun M sangat mengingati nasihat maknya supaya berhenti makan apabila rasa seronok supaya tidak terlebih kenyang. Itulah rahsia Tun M masih mampu menyarung seluarnya yang dibelinya 40 tahun yang lalu.

Bukan makanan sahaja. kalau anda perasan, minuman yang Tun M dan isteri ambil pun hanya kopi, teh dan air mineral. Air mineral pula air mineral semulajadi Spritzer tau! Tun M mestilah tahu penutup hijau mana yang terbaik untuk kesihatannya dan isteri.

Spritzer merupakan air mineral semulajadi dengan sumber yang terletak di bank tanah seluas 330 ekar selama 30 tahun! Selain kaya dengan mineral, Spritzer turut mengandungi silica yang memberikan kesan anti-penuaan dan boleh membantu kulit anda glowing.

tun m6

Patutlah di usia 93 tahun pun masih kuat bertenaga, anda pula macam mana? Jom sihat macam Tun M!

Anda Mungkin Suka