Sudah setahun iklankan penjualan rumah di Pavillion, Kuala Lumpur, Datuk Aliff Syukri masih gagal mencari pembeli. Malah, beliau turut mencari penyewa untuk rumah itu susulan kegagalan beliau menjual premis berharga RM6 juta terbabit.

Menerusi perkongsian terbaharu, Aliff berasa tertekan kerana rumahnya itu belum terjual walaupun dijual pada harga RM6 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran.

123-2

Tambah Aliff,  mungkin faktor utama rumah tersebut sukar untuk terjual berpunca daripada pandemik melanda negara, apatah lagi semua pusat beli belah masih lagi ditutup.

Perkongsian Aliff itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen bersetuju bahawa jualan rumah tidak mendapat sambutan disebabkan pandemik yang melanda.

Screenshot 2021-08-14 at 9.00.34 AM

Screenshot 2021-08-14 at 9.01.26 AM

1-vert-8

Malah, para netizen turut mengatakan RM6 juta itu bukanlah jumlah yang kecil dan ramai tidak mampu memiliki rumah dengan harga sedemikian.  Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berkata bahawa sekarang bukanlah keperluan untuk membeli rumah kerana perlu berjimat.

Bagi anda yang terlepas berita Aliff Syukri mahu sewakan rumahnya sebelum ini, klik sahaja pautan di bawah ini.

Gagal Cari Pembeli, Aliff Syukri Mahu Sewakan Rumah Berharga RM6 Juta

Terima Soalan ‘Kurang Ajar’, Aliff Syukri Mengamuk Dan Marah AC Mizal Dalam Set Penggambaran?

KFC Malaysia Tawar Kembali Promosi RM20 Untuk 2 Snack Plate Kombo Mulai 16 Ogos Ini

Anda Mungkin Suka