Untuk memiliki perkhidmatan yang baik di dalam sektor kesihatan, fasiliti tersedia perlulah dinaik taraf seiring dengan peredaran teknologi semasa. Sudahpun tiba tahun 2023, masih kedengaran keluhan pekerja yang tidak berpuas hati dengan fasiliti tersedia.

Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh akaun @FluoroPetrol, beliau selaku salah seorang pekerja di Hospital Sultan Ismail meluahkan kekecewaannya kerana tidak boleh melakukan kerja dengan lebih awal kerana komputer yang bermasalah.

Baca Juga:

https://twitter.com/fluoropetrol/status/1627105397424390146?s=46&t=2Kdb5tlp0ERUs_JpAO3_Xg

Komputer itu dikatakan kekal lag sejak pukul lapan pagi dan hanya beransur pulih selepas beberapa jam kemudian. Perkara ini sememangnya mengganggu tugasan seharian yang mana masih tiada tindakan penyelesaian yang dilakukan oleh pihak IT walaupun sudah diadukan berulang-kali.

Masalah lain yang turut diutarakan adalah prestasi komputer yang terlalu lemah kerana tidak dapat menampung Google Chrome apabila membuka beberapa laman web secara serentak. Hal ini berlaku kerana penggunaan memori 2GB RAM sahaja yang mana tidak sesuai untuk tugasan intensif.

https://twitter.com/fluoropetrol/status/1627459264200720385?s=46&t=2Kdb5tlp0ERUs_JpAO3_Xg

Berdasarkan perkongsian tersebut, kita dapat lihat komputer tersebut masih menggunakan sistem operasi Windows 2000 yang mana dikira sudah terlalu lama dan sudah jauh ketinggalan untuk tahun 2023. Dengan menggunakan perkakasan dan sistem operasi yang lama, ia menyumbang kepada prestasi perkhidmatan yang lemah.

Sumber Gambar: Twitter @FluoroPetrol
Sumber Gambar: Twitter @FluoroPetrol

Pendedahan ini sekaligus menarik perhatian pengguna yang mana rata-ratanya sangat terkejut dengan fasiliti yang ditawarkan di hospital berkenaan. Bukan sahaja dilihat sudah dimamah usia, malah tidak relevan untuk kegunaan yang intensif termasuklah penggunaan perisian yang lebih canggih menerusinya.