Kad TNG NFC sehingga ke hari ini masih menjadi ‘barang panas’ kerana fungsinya yang berguna. Malah, ada individu yang sanggup membeli kad tersebut pada harga tidak masuk akal.

Malah, kini kad TNG NFC ini dikesan menjadi barangan jualan menerusi kumpulan Streetwear Auctions MY di Facebook. Seorang individu telah membuka bidaan dengan kenaikan minimum sebanyak RM10 untuk sekeping kad TNG NFC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Streetwear Auctions MY

Mereka yang sangat mahukan kad ini pula boleh ‘lock’ pada harga RM108. Pada ketika ini, kad ini sudah dibida setinggi RM80 dan bidaan masih berjalan sehingga hari ini.

Penjual juga mendakwa kad tersebut pernah terjual ratusan keping sebelum ini sekaligus yakin penyenaraian itu bakal menarik minat banyak individu di luar sana. Tidak dinafikan, permintaan kad ini sangatlah tinggi sementara stok pula sangat terhad.

Anda bagaimanapun dinasihatkan untuk mendapatkan kad tersebut daripada saluran rasmi kerana harga jauh lebih murah. Dalam pada itu, pihak TNG juga sedang berusaha keras untuk menyelesaikan isu kad TNG NFC agar semua orang boleh mendapatkannya