Baru sahaja pulang dari Gaza minggu lalu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew kembali ke Tanah Air selepas selesai misi kemanusiaan di Gaza. Ketika ini, beliau masih lagi menjalani kuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit Lew diberi peluang untuk berjumpa dengan bapanya yang menghidap kanser perut tahap akhir walaupun sekejap dengan syarat lengkap berpakaian PPE dan ujian COVID-19 menunjukkan negatif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, sel kanser sudah merebak ke seluruh badan serta memohon agar orang ramai mendoakan buat bapanya. Beliau meminta maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang terlantar sakit kerana perlu menjalani kuarantin dan turut berterima kasih kepada adik-beradiknya yang lain.

Malah, Ustaz Ebit Lew berdoa jika ada sedikit pahala di atas kebaikan dilakukannya hadiahkanlah kepada bapanya agar dikurangkan kesakitan. Sebelum ini, bapanya turut sempat memberikan pesanan kepadanya ketika masih sedar supaya meneruskan kerja dengan melakukan misi bantuan kemanusiaan. Sama-sama kita doakan bapa Ustaz Ebit Lew dikurangkan kesakitan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Ebit Lew pada pautan di bawah ini.

Ebit Lew Umum Berjaya Jejak Kaki Ke Gaza Diiringi Kereta Berperisai Tentera Mesir

Didakwa ‘Hilang’ Ketika Misi Bantuan, Wisma Putra Sedang Kesan Ebit Liew

Pernah Bekerja Sebagai Penulis Dan Miliki Kereta Kancil, Ebit Lew Kongsi Kisah ‘Aunty Foodpanda’