Selepas setahun berhadapan dengan COVID-19, inidividu utama yang mengetuai usaha membanteras penularan wabak berasal dari Wuhan- Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengenang kembali usaha yang telah dilakukan sejak 12 bulan yang lalu.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat di media sosial pagi ini, beliau yang juga ketua pengarah kesihatan memberitahu sangat sedih dengan keadaan semasa perkembangan wabak berkenaan di negara ini yang kelihatannya seperti masih jauh dari penghujungnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ianya sangat menyedihkan saya selepas setahun melawan COVID-19 di negara kita, penghujungnya masih jauh dan seperti tidak kelihatan (the end is nowhere near to be seen).

“Walaupun berdepan dengan keletihan mental dan fizikal, kita mesti terus mara ke hadapan. Sesiapa pun anda, kita mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita,” luahnya di Facebook sebentar tadi.

Beliau dalam hantaran berkenaan turut berkongsikan beberapa gambar frontliner serta pesakit COVID-19 dalam negara sebelum ini.

Bukan sahaja mengingatkan orang ramai agar bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memerangi COVID-19, namun beliau dalam coretan turut memberitahu agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Patuhi SOP, pakai pelitup muka dengan betul, basuh tangan dan jaga penjarakan fizikal. Kekal di rumah jika tiada urusan penting di luar.

“Bersama-sama kita mampu putuskan rantaian jangkitan COVID-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama kita akan terus melawan. InsyaAllah,” pesan beliau.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

10 Buah Sekolah Di Terengganu Ditutup Selepas 21 Guru Positif COVID-19

Kerajaan Malaysia Bakal Laksanakan Penutupan Ekonomi Sekiranya Kes COVID-19 Tidak Menurun?

Warga Asing Tidak Pakai Pelitup Muka Di Bali, Dihukum ‘Push-Up’ Atau Bayar Denda RM30.00

Sumber