Peningkatan kes positif COVID-19 setiap hari membuatkan orang ramai berasa bimbang dan ramai tertanya-tanya bagaimana kes harian jangkitan makin banyak sedangkan pelbagai langkah telah dilakukan untuk membendung penularan wabak ini.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Aida Zabidi telah berkongsi beberapa tangkap layar rakannya yang bekerja di satu pusat kesihatan. Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat beberapa kes berkaitan pesakit COVID-19 yang telah keluar bersosial walaupun belum menerima keputusan swab test mereka dan ternyata keputusan adalah positif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila mereka yang tiada simptom ataupun ada sudah menjalani swab test, sewajarnya mereka hanya mengasingkan diri di rumah dan tidak keluar dan bersosial agar tidak wujud penularan kepada rakan atau keluarga jika terbukti positif COVID-19.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir mereka yang tidak memahami prosedur sebaiknya serta melakukan aktiviti sosial selepas membuat swab test walaupun keputusan belum keluar.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berkongsi beberapa kisah mereka berdepan dengan mereka yang disyaki terkena COVID-19 dan juga mengkritik mereka sebab tiada common senses dimana akan menyusahkan ramai pihak.

https://twitter.com/mingoldfish/status/1391317436893339650

Malah, ada netizen mencadangkan agar mereka yang membuat swab test untuk dipakaikan gelang pemerhatian agar tidak keluar rumah dan tindakan tegas dilakukan untuk membendung penularan wabak ini.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membuka mata orang ramai bahawa masih ada golongan yang tidak bertanggungjawab di sekitar kita. Dalam tempoh PKP yang dilaksanakan semula, diharap orang ramai akan mematuhi semua SOP yang ditetapkan dan menjaga diri sendiri agar tidak terjangkiti COVID-19.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Malaysia Rekod Kes Pertama Varian COVID-19 Mutasi Berganda, Dibawa Masuk Menerusi Rakyat India

Tidak Boleh Rentas Daerah Dan Negeri, 6 Daerah Di Selangor Dikenakan PKP

Hantar Baju Dan Kuih Raya Muncul Sebagai Alasan Popular Rentas Daerah Dan Negeri