Hari kekasih dah hampir tiba dan kami yakin mesti ramai yang tengah runsing fikirkan hadiah terbaik untuk gembirakan pasangan anda bukan? Nak beli hadiah last minute boleh jadi si dia tidak berminat pula. Maka adalah lebih baik jika anda mula plan suprise tu dari sekarang.

Akan tetapi, anda jangan runsing dulu. Kami sebenarnya ada penyelesaian untuk anda. Sempena meraikan Valentine’s Day tahun ini, apa kata anda buat kejutan dengan menghadiahkan si dia telefon pintar baru HUAWEI nova 7i. Siapa tak suka dapat smartphone baru kan? Nak tahu sebab apa kesayangan anda suka sangat dengan hadiah HUAWEI nova 7i ni nanti? Jom kami kongsikan!

Bateri tahan lama si dia pasti suka.

72c8

Telefon pintar idaman yang selalu jadi pilihan mestilah baterinya kena tahan lama. Kami yakin pasangan anda mesti suka dengan HUAWEI nova 7i ni sebab ia hadir dengan bateri 4,200mAH yang mampu bertahan sehingga sehari penuh.

Selain itu, nova 7i juga menawarkan pengecas SuperCharge 40W yang mampu mengecas 70% bateri dalam masa 30 minit saja. Jangan risau, si dia yang tersayang bakal miliki telefon pintar yang benar-benar selamat sebab teknologi pengecasan pantas ini pun diiktiraf oleh TÜV Rheinland tau.

Gambar tampak lebih natural.

HUAWEI nova 7i menyokong AI algoritma yang lebih advance untuk efek gambar yang terbaik. Sistem AI berupaya mengukur ciri-ciri wajah daripada berjuta-juta imej dan secara automatik menghasilkan penyelesaian kecantikan kepada pengguna menerusi pemodelan masa nyata berdasarkan ciri rangkaian saraf muka algoritma.

Screen-Shot-2020-02-11-at-7.53.36-PM (1)

Ia juga hadir dengan ciri beautify seperti kontur pada bahagian mata, solekan mata, bibir dan hidung. Sistem AI juga mampu memberikan penyelesaian kecantikan yang sesuai dengan umur dan jantina subjek bagi menghasilkan gambar yang lebih natural.

Hasil selfie lebih cun!

Kalau anda nak tahu, HUAWEI nova 7i dilengkapi kamera hadapan 16MP dengan 1 mikrometer pixel. Kemampuan teknologi Light Fusion 4 dalam 1 ini juga berupaya mencapai tahap sensitiviti sehingga 2 mikrometer pixel. Ini membenarkan lebih banyak cahaya dan menghasilkan kualiti gambar lebih jelas walaupun dalam gelap.

nova-7i

Apa yang awesomenya, kameranya dilengkapi ciri Super Night Mode di mana ia berupaya mengesan persekitaran gelap kemudian secara automatik mengaktifkan algoritma. NPU AI algoritma ini mampu membahagikan subjek dan latarnya dengan sangat baik.

Design menawan buat si dia jatuh hati.

Perkara paling penting untuk memilih telefon pintar buat yang tersayang mestilah reka bentuknya bukan? HUAWEI nova 7i ni tak akan mengecewakan kesayangan anda sebab ia ada reka bentuk CMF yang tampak anggun dan mewah. HUAWEI nova 7i juga hadir dengan tiga warna romantis dan elegan iaitu Sakura PinkBlack dan Crush Green.

Sakura-Pink

Bahagian belakangnya terdapat filem nipis di mana HUAWEI memadankannya dengan warna-warna yang menakjubkan, tekstur silau, metallic dan lapisan pelindung untuk efek memukau dan berkilauan.

Tampil dengan rekaan melengkung pada empat sisi, telefon pintar ini juga direka dengan permukaan tepi membulat yang menawarkan cengkaman lebih selesa untuk pengguna.

Pengalaman hiburan lebih baik dan lancar.

Apa yang menjadikan HUAWEI nova 7i ini lebih power apabila ia dikuasakan dengan Kirin 810 iaitu cip pemprosesan 7nm yang menjadi peneraju terbaik industri.

Ini menjanjikan pengalaman gaming atau hiburan yang lebih lancar dan realistik dengan adanya sokongan teknologi Kirin Gaming+ yang mampu mempertingkatkan kualiti permainan.

HUAWEI-FreeBuds-3-details

Kirin 810 juga dilengkapi sokongan unit NPU (Neural Processing Unit) baharu daripada Huawei Da Vinci Architecture yang berasaskan Rubik’s Cube Quantitative Stereo Arithmetic Unit yang mampu menjanjikan keupayaan AI yang lebih berkuasa. Ini dapat dicapai melalui paparan grafik yang lebih jelas, terang dan dalam masa yang sama memiliki kontras yang lebih baik.

Rebut peluang menang hadiah percutian ke Maldives!

Screen-Shot-2020-02-11-at-2.12.44-PM

Antara sebab lain kenapa anda kena beli telefon pintar HUAWEI ialah anda berpeluang untuk menang 3 pasang baucar percutian ke Maldives bernilai sehingga RM36,000!

Cara nak menang pun mudah sahaja. anda cuma perlu scan QR Code, kemudian jawab satu soalan mudah dan lengkapkan butiran diri beserta resit pembelian. Pemenang akan diumumkan pada 14 Mac 2020 di Facebook HUAWEI!

HUAWEI ada hadiah hari kekasih terbaik untuk si dia.

Hari kekasih bukan bermakna teman lelaki atau suami sahaja yang perlu bersusah payah menghabiskan duit untuk menggembirakan pasangan. Teman wanita atau isteri pun boleh lakukan perkara sama supaya mereka pun rasa dihargai.

Oleh sebab itu, HUAWEI kini menawarkan pakej yang sesuai untuk pasangan anda dan ia boleh disesuaikan mengikut keperluan serta minat yang berbeza seperti pakej Kecergasan Pintar, Peneman Bercuti, Matlamat Belajar & Pintar Belajar.

BM-nova7i-installment-plan

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati 0% faedah dan 0% yuran pemprosesan dengan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE sehingga 12 bulan serendah RM4.87 sehari*. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang HUAWEI sekarang!

200203-Nova-7i-v5.1_114

Kalau anda buat tempahan awal untuk HUAWEI nova 7i bermula 14 – 21 Februari 2020, harga yang ditawarkan hanya RM1,099 sahaja! Siap dapat HUAWEI Band 4 secara PERCUMA tau! Paling best, HUAWEI juga ada tawaran Flash Deals untuk HUAWEI Mate 30, HUAWEI P30 Pro, HUAWEI nova 5T dan banyak lagi peranti lain serendah RM2.14 sahaja!

Selain HUAWEI nova 7i, terdapat beberapa produk terbaharu HUAWEI yang lain akan turut dilancarkan bermula 14 Februari 2020:

  • HUAWEI nova 5T (Crush Green) – RM1,399
  • HUAWEI Freebuds 3 (Red) – RM679
  • HUAWEI Watch GT 42mm (Rose Gold) – RM899
  • HUAWEI Y7p – RM699
  • HUAWEI MateBook D15 (8GB + 256GB) – RM2,299

Berdasarkan ura-ura, Huawei P40 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mungkin dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding P30. Ketahui juga mengenai Huawei Matebook D 15 yang hadir dengan kualiti flagship serta harga yang bajet.

Huawei P40 Mungkin Dijual Dengan Harga Yang Lebih Rendah Berbanding P30

HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’