Masih ingatkah anda kepada model pertama Apple iPhone iaitu iPhone 2G? Seingat saya sewaktu itu pasaran smartphone masih lagi  didominasi oleh Nokia, Sony Ericsson dan BlackBerry. Siapa sangka kehadiran iPhone telah mengubah ‘the way you use the phone’ bak kata mendiang Steve Jobs.

Kini ketiga-tiga jenama tersebut telahpun mengalami evolusi baik dari segi telefon mahupun penstrukturan syarikat. Dan tahukah anda, harga iPhone 2G ketika ini yang sudah 9 tahun sejak awal dilancarkan kini mempunyai harga yang jauh lebih mahal berbanding iPhone 7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan carian di eBay, harga iPhone 2G kini dijual dengan harga $1,000 USD (~RM4114.65) dan boleh mencecah sehingga $8,500 USD (~RM34974.53) bergantung kepada kondisi iPhone tersebut.

iphone-2g-iphone-7-ebay-price-04

iphone-2g-iphone-7-ebay-price-2

iphone-2g-iphone-7-ebay-price-03

Adakah anda masih menyimpan iPhone 2G anda? Berdasarkan carian kami di beberapa laman web, didapati trend ini masih belum sampai di Malaysia dan boleh didapati dengan harga serendah RM200 untuk set ‘second-hand’. Memandangkan iPhone bakal menyambut ’10th anniversary pada tahun hadapan dijangka iPhone model pertama bakal menjadi buruan.

Jom kita #throwback kembali semasa pelancaran pertama Apple iPhone yang dikendalikan oleh Steve Jobs.

Selepas hampir 10 tahun dilancarkan, tidak dinafikan Steve Jobs ternyata mempunyai auranya yang tersendiri dengan melancarkan Apple iPhone pertama dengan gayanya yang begitu bersahaja. Boleh dikatakan pelancaran terbaik pernah kami lihat setakat ini.

Sumber