Sebelum ini, kecantikan Sarimah Ibrahim yang muncul di pentas Gegar Vaganza menjadi bualan ramai kerana wajahnya awet muda walaupun sudah berusia.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @onlyyou_gold menunjukkan Datin Seri Maria Farida bersama usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida sedang menari sambil ‘memperagakan’ barangan kemas yang dipakainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@onlyyou_gold

Ada orang berkenan dengan rantai emas onlyyougold sye lah🤭#fypシ゚viral #datinfaridah #masukberandafyp #pageforyou

♬ DJ Jujur Sa Su Bilang x Aki Aki – Akka Production

Menerusi video tersebut, dapat dilihat bahawa mereka kelihatan tidak kekok menari untuk menunjukkan barangan kemas tersebut. Akan tetapi, bukanlah barangan kemas itu yang menjadi tumpuan ramai.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen bukannya fokus kepada emas tetapi lebih terpegun melihat kecantikan Maria Farida yang kekal awet muda meskipun sudah berstatus nenek.

Tidak hanya itu, para netizen turut tertanya-tanya apakah rahsia Maria kekal cantik seperti itu dan memuji kecantikannya. Terdahulu, Maria mengatakan dia tidak pernah melakukan rawatan pada wajah kerana dia takut dengan jarum suntikan.