Boleh dikatakan hampir kesemua kanak-kanak di Malaysia mempunyai haiwan peliharaan atau mengimpikan untuk memiliki satu.

Selain daripada menjadi peneman, haiwan-haiwan peliharaan ini juga secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak dalam mengajar tentang nilai kasih sayang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Itulah yang berlaku kepada Adam Harith, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang berasal dari Nibong Tebal, Penang ini.

Kisahnya sebelum ini menjadi perhatian apabila beliau diserang kucing liar sehingga menyebabkan luka yang agak teruk di bahagian muka. Walaupun begitu, kejadian berkenaan tidak mengubah dirinya untuk menyayangi haiwan tersebut.

SaluteĀ dekat adik Adam Harith, 9 tahun. Walaupun diserang kucing liar sampai begitu rupa, adik Adam Harith tetap tidak pernah serik untuk menyayangi haiwan tersebut.

“Kejadian berlaku di Kampung Nanas, Sungai Kechil di Nibong Tebal, Penang,” dalam satu perkongsian tular di media sosial.

Difahamkan sewaktu kejadian, terdapat kucing liar yang datang menghampiri kucing peliharaan adik Adam di hadapan rumah, tidak mengetahui kesan yang bakal menimpa dirinya, beliau secara spontan telah memegang kucing liar tersebut sehingga menyebabkan beliau dicakar.

Adik Adam Harith makin sihat

Bagi sesiapa yang risau akan kesihatan adik Adam Harith, menerusi perkongsian ibu beliau yang dikenali sebagai Achiek Lieya, adik Adam sudah semakin sembuh dan lebih mengejutkan ramai pihak apabila beliau tidak serik bermain dengan kucing walaupun telah dicakar sampai berdarah oleh haiwan tersebut.

“Ibu ingatkan Adam dah fobia tengok kucing, (tetapi dia) siap pesan kat abah ‘abah, jangan pukul kucing itu’.

“[…] Anak bertuah sungguh, walaupun muka dah teruk kena cakar dek kucing, Adam tetap nak sayang kucing juga,” kongsi ibunya di Facebook.

Rata-rata netizen yang memberi komen di perkongsian tersebut telah memuji sikap adik Adam Harith yang mempunyai sikap berani serta nilai kasih sayang yang tinggi terhadap haiwan tersebut.

“Semoga cepat sihat adik. Sakitnya tapi awak tidak nangis, kuatnya awak. Lepas itu masih lagi sayang dengan kucing. Bagusnya ibu bapa awak kerana sudah beri didikan yang bagus pada awak dik,” komen seorang netizen di ruangan komen.

“Mulianya hati adik, kecil-kecil dah faham erti kasih sayang, semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah.

“Siap bagitahu ayah dia jangan pukul kucing pulak tu, tak serik-serik nak sayang kucing, hatiĀ  yang sangat murni,” komen netizen.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai video tular kucing ini yang marah apabila dimandikan pada pautan di bawah.

Comel Tetapi Garang, Video Kucing Marah Bila Dimandikan Ini Raih Sejuta Tontonan

Ini Tip Hilangkan ‘Stress’ Dan Buat Si Comel Gembira Yang Pemilik Kucing Wajib Tahu

Mudah Dan Berkesan, Ini Tip Untuk Anda Mengeratkan Hubungan Dengan Si Comel

Sumber