Pada tahun lalu, Bill Gates telah mendedahkan bahawa beliau menggunakan Samsung Galaxy Z Fold3 sebagai peranti harian. Walaupun Microsoft turut menawarkan peranti boleh lipat yang dikenali sebagai Surface Duo, Bill Gates dilihat lebih selesa menggunakan peranti boleh lipat keluaran Samsung.
Menerusi forum Reddit AMA, Bill Gates mendedahkan beliau masih setia dengan jenama Samsung dan telah menggantikan Galaxy Z Fold3 kepada Galaxy Z Fold4 pula.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Menurut beliau, Galaxy Z Fold4 berkenaan merupakan pemberian dari sahabat beliau iaitu Pengerusi Samsung Lee Jay-Yong ketika kunjungan beliau ke ibu pejabat Samsung di Korea Selatan. Malah, beliau mengatakan tidak menggunakan sebarang tablet kerana saiz skrin Galaxy Z Fold4 yang besar.
Di samping itu, Gates juga berkata beliau menggunakan Outlook dan banyak perisian Microsoft pada telefon tersebut. Tambahnya, Gates sedia menggunakan Surface Studio sebagai komputer Windows serta mempunyai beberapa papan putih pintar Surface Hub di pejabat.