Sebut sahaja nama Caprice pasti ramai yang mengenali penyanyi ini. Bukan sahaja beliau membina karier sebagai penyanyi rap, pakar motivasi dan pembangun aplikasi, malah turut mengusahakan bisnes pakaiannya sendiri, ‘Bang Bang’.

Beliau yang sering membuat video reaksi berkaitan isu kontroversi dan giveaway baju hoodie jenamanya sendiri membuatkan penyanyi ini mempunyai ramai pengikut di akaun Instagram beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, baru-baru ini tular di media sosial Twitter, di mana seorang pengguna Twitter, @Bebelleyy,  memuat naik satu gambar screenshots perbualannya bersama artis tersebut semalam. Berdasarkan perkongsian tersebut, wanita itu dikatakan memenangi sehelai hoodie pada Disember tahun lalu tetapi sehingga kini dia masih belum menerima hadiah tersebut.

Sehubungan dengan itu, terdapat seorang netizen lain yang turut berkongsi pengalaman sama melibatkan artis tersebut. Seorang lagi pengguna Twitter, turut berkongsikan sebuah gambar dengan mengatakan bahawa dia ‘menantikan hadiahnya’ sejak tahun 2014 lagi.

Perkongsian wanita tersebut telah menarik perhatian ramai. Rata-rata peminat menyelar tindakan artis tersebut dengan mengatakan segala giveaway yang dibuat hanyalah untuk menaikkan populariti jenama bajunya.

https://twitter.com/AkuPpaishhh/status/1192983279877509121

Namun bagitu, ada yang mempertahankan artis tersebut dengan mengatakan Caprice adalah seorang yang sentiasa mengotakan janji. Segala hadiah giveaway tetap akan dihantar; cuma lambat atau cepat sahaja.

Jadual seorang artis sememangnya padat dan Caprice mungkin terlepas pandang untuk menghubungi kembali peminat yang menantikan hadiah daripadanya. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, viral seorang individu menyamar sebagai doktor untuk cuba bermain cinta dengan ramai gadis dan telah berjaya menipu duit mereka.

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian

Disyaki ‘Scam’ Pengguna, Netizen Serang Laman Facebook Agoda

Ini Taktik ‘Scammer’ Di Delhi Dan Agra, India Serta Tip Mengelakkannya