Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dalam perjalanan jauh adakalanya kita diuji dengan cabaran dan dugaan yang tak dijangka-jangka. Bagaimanapun, masih ada pengguna jalan raya lain yang baik datang membantu walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru inu netizen memuji sekumpulan konvoi motosikal dalam perjalanan pulang dari Hatyai yang membantu sebuah Porsche GT3 RS kehabisan minyak dan terkandas di tepi lebuhraya.

Dalam video yang yang dikongsikan TikTok @fahmi_ahmaddd beliau berkongsikan pengalamannya bersama rakan-rakam konvoi membantu kereta Porsche kehabisan minyak.

@fahmi_ahmaddd

Kadang2 Allah hadirkan seseorang itu bersebab😬 . Jangan berhenti buat baik😆 #chinesenewyear2023 #porschegt3rs #meanmachine #mxmachine

♬ Semoga Engkau Bahagia – Ziell Ferdian

“Dalam perjalanan balik dari Hatyai terserempak dengan kereta habis minyak tepi jalan. Kebetulan kawan yang bawa Yamaha 125R kuning ada bawa minyak spare terus bagi bantuan.

“Bagaimanapun minyak tidak cukup dan kereta tidak dapat hidup. Jadi kami buat keputusan untuk kumpul minyak daripada motosikal masing-masing seorang sedikit,” tulis Fahmi dalam video tersebut.

Selepas itu mereka sekali lagi memasukkan minyak yang mereka kumpul untuk hidupkan sportcar itu, dan kereta tersebut berjaya dihidupkan semula.

Sumber Gambar: TikTok @fahmi_ahmaddd
Sumber Gambar: TikTok @fahmi_ahmaddd
Sumber Gambar: TikTok @fahmi_ahmaddd
Sumber Gambar: TikTok @fahmi_ahmaddd
Sumber Gambar: TikTok @fahmi_ahmaddd

Netizen memuji tindakan rider-rider itu yang sanggup menggunakan minyak motosikal sendiri untuk membantu pengguna jalan raya lain yang tidak mereka sendiri tidak kenali.

Pada masa sama netizen menyeru orang ramai sentiasa membantu antara satu sama lain tanpa kira sesiapa pun yang mengalami kesusahan.

“Kadang-kadang Allah S.W.T hadirkan seseorang itu bersebab. Jangan berhenti buat baik,” petik perkongsian Fahmi.