Semua masjid dan Surau Jumaat serta surau terpilih di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat berjemaah termasuklah solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri bermula esok.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebentar tadi berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

“Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei 2020,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Namun begitu, Standard operating procedure (SOP) untuk solat di masjid dan surau pada ketika ini ditetapkan kepada bilangan jemaah tidak lebih daripada 30 orang pada satu-satu masa. Penjarakan 1 meter antara jemaah turut akan dibuat disamping jemaah berusia 70 tahun keatas, jemaah wanita serta kanak-kanak di bawah usia 15 tahun tidak dibenarkan buat masa ini.

Kebenaran untuk solat berjemaah ini hanya untuk masjid dan surau sekitar kawasan Wilayah Persekutuan sahaja. Menurut Dr Zul lagi, bilangan 30 orang yang dibenarkan untuk bersolat jemaah akan ditetapkan sendiri oleh pihak masjid dan surau.

Sebelum ini, tarawih ‘online’ tidak dibenarkan kerana bimbang terputus talian sewaktu solat. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tarawih ‘Online’ Tidak Dibenarkan, Ada Kemungkinan Internet Terputus Ketika Solat

Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19

https://www.projekmm.com/news/berita/2020/03/15/tukar-azan-solat-di-rumah-kuasa-negeri-kata-menteri/1846740

  • SUMBER
  • BH

Anda Mungkin Suka