Penantian selama 14 tahun penduduk bandar Athens di Greece untuk mempunyai masjid mereka yang tersendiri akhirnya tercapai awal bulan ini.

Ia susulan pembukaan secara rasmi masjid yang dibina sejak 2006 pada 1 November lalu di kota itu seperti yang dilaporkan beberapa media utama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ini adalah detik bersejarah bagi masyarakat Muslim yang tinggal di kota Athens, kami telah tunggu untuk tempoh yang agak lama bagi pembinaan masjid ini.

“Syukur pada tuhan, akhirnya kami sudah mempunyai masjid yang kini telah dibuka serta kami dapat solat dengan bebas,” kata Heider Ashir, Ahli Dewan Pemerintahan Masjid.

Hadapi tentangan demi tentangan

Terdahulu, keputusan untuk membina masjid yang diluluskan kerajaan pada 2006 itu sebelum ini menerima tentangan kuat daripada masyarakat di sana dan pada masa sama turut mengalami masalah birokrasi.

Untuk konteks, pembinaan masjid itu sebelum ini juga pernah menerima tentangan kuat daripada gereja Greek Orthodox Church pada 1979 sebelum pihak kerajaan akhirnya meluluskan pembinaan pada 2006.

Bagaimanapun, pembinaan masjid yang dianggarkan bernilai AS$1.04 juta (kira-kira RM4.3 juta) pada 2006 itu juga tidak melalui jalan mudah apabila ia turut menerima pelbagai tentangan demi tentangan.

Namun, kini selepas 14 tahun masjid itu akhirnya dibuka awal bulan ini dengan rakyat Greece yang mempunyai asal-usul Maghribi, Zaki Mohammed dipilih menjadi imam pertama masjid berkenaan.

Pembukaan masjid itu bagaimanapun difahamkan hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja memandangkan situasi COVID-19 yang masih membingkan di Greece dan juga Eropah ketika ini.

Pembukaan masjid itu juga difahamkan sekaligus melucutkan status Athens sebagai satu-satunya bandar utama di dalam Kesatuan Eropah (EU) yang tidak mempunyai masjid, seperti dilaporkan Al Jazeera yang memetik Anadolu Agency.

Baca juga khabar duka kematian kucing yang terkenal di Hagia Sophia, Turki yang kami kongsikan sebelum ini menerusi pautan di bawah. 

Kucing Penjaga Hagia Sophia Yang Pernah ‘Dibelai’ Obama Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

UAE Rombak Sistem Perundangan, Kini Boleh Minum Arak Dan Tinggal Bersama Walaupun Belum Berkahwin

Bangladesh Buka Madrasah Pertama Untuk Transgender Muslim