Terdapat banyak senibina Masjid yang cantik di seluruh dunia, tapi masjid Tiban di Malang, Indonesia ini kami kategorikan unik dan lain dari yang lain. Masjid ini terletak berhampiran kampung Sananrejo, Turen di Malang, Indonesia.

Yang uniknya tentang masjid ini, bukan sahaja besar malah rekabentuk senibinanya juga sangat cantik. Jika sekilas pandang, ia kelihantan seolah-olah bentuk bangunan Vihara di Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

masjidtiban

Gabungan senibina ala-ala China, Jawa, Eropah dan arab ini didominasikan dengan warna biru. Ukiran kaligrafi tulisan Arab pada dinding pula menonjolkan lagi keunikan senibina islam pada masjid ini.

Masjid megah ini terbahagi kepada 10 tingkat dan setiap daripanya mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Tingkat 1 hingga 4 digunakan sebagai tempat belajar, manakala tingkat 6 pula dijadikan sebagai tempat rehat dan tingkat 5,7, 8 berupa barisan kedai-kedai kecil.

Di tingkat 3 juga terdapat kedai yang menjual cenderahati, makanan ringan dan peralatan ibadah. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pameran akuarium, perpustakaan, kolam renang dan zoo mini yang menempatkan binatang seperti kijang, monyet, arnab dan burung.

Fasiliti di sini cukup lengkap, bermula dari parkir hinggalah tempat makan. Masjid Tiban ini merupakan destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi jika ke Indonesia.

Apa yang penting untuk anda tahu adalah berkenaan proses pembangunan masjid ini. Masjid ini dibina oleh masyarakat setempat tanpa perlu meminta sebarang peruntukan, derma ataupun berhutang. Semuanya dilakukan hasil kerjasama masyarakat setempat.

Masjid Tiban Ini dibangun oleh Romo KH Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam pada tahun 1976. Ada juga yang memangil masjid ini dengan nama Masjid Jin. Ini kerana menurut mereka kononnya masjid tersebut ada secara tiba-tiba tanpa diketahui bagaimana kisah ia dibangunkan, malah mendakwa proses pembangunan masjid ini hanya dalam satu malam sahaja.

Namun andaian masjid ini dibangunkan secara magis dipatahkan dengan rakaman foto-foto pembangunan masjid ini sejak tahun 1991. Pada asasnya, tapak pembangunan masjid ini merupakan pusat pendidikan agama (Pesantren).

Apa pun kontrovesi atau kisah di sebalik pembangunan masjid ini, kami yakin anda pasti kagum dengan keunikkan Masjid Tiban ini. Sangat cantik!.

Sumber