Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Secara umum, kita mengetahui Android dan Apple adalah pesaing di dalam industri platform telefon pintar. Tetapi kami tidak sangka sejauh ini ia terjadi.

Pihak Google tidak tahu bagaimana imej maskot Android kencing di atas logo Apple terpapar di Google Maps. Ia berada di lokasi Rawalpindi, Pakistan.

Menurut jurucakap Google, imej tersebut ditambah dengan menggunakan perisian MapMaker dan kebiasaannya memerlukan reviu dari pengguna sebelum diluluskan. Tetapi lain pula berlaku pada imej ini apabila ia mendapat pengesahan dan diluluskan tanpa pengetahuan pihak Google.

android apple 1

Sekarang Google sedang membaikinya semula.

Sumber: HypeBeast

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka