Syarikat pengeluar streetwear terkenal Jepun, mastermind Japan kini mengeluarkan vitamin C hasil kolaborasi dengan syarikat pengeluar suplemen Uha Mikakuto. Untuk pengetahuan, Uha Mikakuto merupakan satu jenama produk makanan ringan dengan khasiat kesihatan untuk menarik orang ramai mengambil makanan tambahan yang sihat.

Hasil kolaborasi ini akan mula dijual di Hankyu Department Store 15 Mac ini. Buat masa ini, Suplemen gummy ini hanya akan didapati dalam perisa oren. Kedua-dua syarikat ini berharap hasil kolaborasi ini akan memberikan manfaat kepada peminat streetwear untuk tampil bergaya sekaligus boleh menjaga kesihatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Vitamin C ini dihadirkan dengan botol sepenuhnya berwarna hitam dengan kemasan dan tulisan berwarna emas untuk menonjolkan lagi identiti streetwear, disertakan dengan logo ikonik mastermind iaitu skull-and-crossbone.

Sumber