mastermind JAPAN dan Anti Social Social Club sekali lagi bekerjasama dalam usaha menghasilkan tee lengan panjang hitam yang dihiasi dengan perincian 3M pada bahagian lengan.

Jenama mastermind JAPAN boleh dilihat dengan jelas dengan adanya tulisan mastermind bersama logo tengkorak bersama tulang pada bahagian kiri lengan tee tersebut. Penjenamaan “Anti Social Social Club” juga terdapat pada bahagian belakang baju dan kanan lengan yang dipaparkan pada baju tersebut.

Tee terbaru hasil daripada kerjasama mastermind JAPAN dan Anti Social Social Club ini masih belum mempunyai tarikh tetap pelancaran serta harga rasmi. Nantikan sahaja berita terkini mengenai pelancaran tee tersebut.