Sekali sepanjang hidup, anda pasti pernah membaca majalah Mastika bukan? Untuk golongan yang membesar di zaman tanpa telefon pintar, Majalah Mastika sangat terkenal kerana menyajikan cerita yang sensasi dan panas dalam setiap keluarannya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Mastika, edisi bulan November adalah edisi terakhir bagi majalah ini selepas berada di pasaran sejak tahun 1941. Mastika adalah majalah Bahasa Malaysia yang paling lama berada di pasaran terpaksa akur dengan peredaran zaman di mana sudah ramai yang tidak lagi membeli majalah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Mastika hang tuah
Antara kisah yang ada di dalam majalah Mastika

Menerusi komen yang dibuat di laman Facebook Mastika, antara sebab Mastika gagal menarik perhatian pembaca muda adalah kandungan majalahnya yang tidak berubah dan kadangkala diragui kesahihannya. Di dunia internet ketika ini, segalanya boleh dibaca menerusi alam maya dan tidak perlu lagi untuk membeli majalah.

Mastika masih memegang rekod majalah paling laris selama 10 tahun berturut-turut. Ada di antara anda yang masih membeli majalah Mastika ini pada tahun 2018? Untuk naskah terakhir ini, bolehlah membelinya dan jadikan sebagai koleksi peribadi.